sony 50mm f1.8

Sony baru sahaja mengumumkan 2 lens baru bagi kamera mirrorless dengan sensor Full Frame (A7X series) dan 2 lens tersebut ialah Sony 50mm F1.8 dan Sony 70-300mm F4.5-F5.6 G OSS. Berita mengenai lens 50mm F1.8 mengejutkan dan menggembirakan komuniti pengguna kamera Sony kerana Sony akhirnya mengeluarkan lens 50mm pada harga yang murah dan mampu dimiliki pengguna Full Frame dan APS-C mirrorless.

Sony 50mm F1.8

Sony 50mm f1.8

Sony 50mm F1.8 merupakan alternatif bagi Canon 50mm F1.8 STM dan Nikon 50mm F1.8 yang popular kerana saiz yang kompak, harga yang murah serta image quality (IQ) yang memuaskan. Sebelum ini pengguna kamera Sony A7X Mirrorless hanya mempunyai satu pilihan iaitu Sony FE 55mm F1.8 yang berharga sekitar ~RM3000. Lens ini juga boleh menjadi alternatif kepada pengguna kamera APS-C seperti Sony A6000 yang sebelum ini terhad kepada satu pilihan sahaja iaitu Sony SEL50F18.

Butiran mengenai lens Sony FE 50mm F1.8 :

  • Focal length : 50mm (Full Frame – A7X series), 75mm (APS-C – A6300, A600, A5100, NEX series)
  • Berat : 186g
  • Material : Logam
  • Harga : $249 RRP (~RM1000)
  • Stabilization : Tiada

Sampel gambar :

Sony 50mm F1.8 FE

Sony 50mm F1.8 FE

Sony FE 70-300 G OSS

Sony 70-300 G OSS

Sebelum ini juga ekosistem kamera mirrorless Sony kekurangan lens dengan capaian hingga 300mm bagi kegunaan event, wildlife, sukan dan sebagainya. Kini kehadiran lens baru Sony 70-300mm ini mengubah segalanya, asalkan anda bersedia membayar lens ini pada harga boleh dikatakan agak tinggi.

Butiran Sony FE 70-300mm G OSS :

  • Focal length : 70-300mm (Full Frame), 105-450mm (APS-C)
  • Berat : 854g
  • Stabilization : Optical (OSS)
  • Harga : $1200 (~RM4800)
  • Extra : Tahan debu dan kelembapan

Diharapkan Sony tampil dengan lebih banyak lens baru dengan harga berpatutan serta saiz yang kompak. Lebih banyak native lens, semakin kurang kebergantungan kepada adapter. 😀

Sumber : Sony | SAR

271 total views, 1 views today