sony a6300

Sony A6000 boleh dikatakan salah satu kamera terbaik dalam lingkungan harga RM2000 di pasaran Malaysia. Bersaiz kompak, ringan namun mempunyai IQ (Image Quality) yang bagus dan pelbagai fungsi yang canggih. Semalam, succesor bagi A6000 telah diumumkan iaitu Sony A6300 yang membawakan beberapa fungsi baru dan penambahbaikan kepada fungsi sedia ada. 

Sony A6300 – 24 Megapixel, Ultra-fast Autofocus, 4K Video

sony a6300 back

Dari segi rekaan, tiada banyak beza antara A6300 dan A6000. Tetapi, antara perubahan yang dibuat oleh Sony ialah penambahan microfon input, peningkatan resolusi Viewfinder (EVF) dan bahan binaan badan yang kini dibuat daripada Magnesium Alloy berbanding A6000 yang mempunyai badan plastik.

Spesifikasi Sony A6300

  • 24 Megapixel CMOS (APS-C sensor)
  • Ultra fast 4D Focus – 425 Autofocus PDAF point
  • Rakaman video 4K 30fps dengan bitrate 100 mbps
  • Rakaman video 1080p dengan bitrate 50 mbps
  • S-Log3 dan S-Log2 gamma profile
  • Rakaman video slow-motion 120 fps pada resolusi 1080p
  • 11 fps burst
  • stereo 3.5mm microfon input
  • 2.36M Dot EVF
  • ISO 51200 membawakan kualiti dan autofocus yang lebih baik dalam keadaan kurang cahaya
  • Binaan badan daripada bahan Magnesium Alloy
  • Ketahanan daripada debu dan kelembapan (dust & moist resistant)
  • Menyokong USB charging dan powerbank untuk kemudahan travel

Sony dilihat lebih banyak memfokuskan kepada fungsi video pada A6300 dan ini merupakan berita baik kepada amatur, hobbyist dan penggiat industri kreatif kerana terdapat banyak fungsi profesional pada kamera A6300 ini.

Fungsi tiada dalam Sony A6300

Walaupun Sony A6300 banyak dilengkapi fungsi canggih, terdapat beberapa fungsi yang tidak ditambah oleh Sony dan agak mengecewakan sebilangan peminat tegar Sony Mirrorless.

  • Tiada IBIS (in body image stabilization)
  • Tiada sensor BSI (BSI lebih berupaya menghasilkan gambar yang berkualiti dalam keadaan kurang cahaya)
  • Tiada touch screen (touch screen membantu selective focus dengan lebih cepat)

Harga Sony A6300

Harga bagi Sony A6300 ialah $1000 (RM4165) untuk body sahaja. Saya harap Sony Malaysia tidak meletakkan harga yang terlalu tinggi bagi A6300 bila kamera ini masuk ke pasaran tempatan dalam masa beberapa bulan akan datang. 😀

Apa pendapat anda mengenai Sony A6300?

426 total views, 1 views today