Sony a7C Dilancarkan – Kamera Mirrorless Full Frame Yang Kompak Dan Ringan

sony a7c malaysia


Pada penghujung Julai 2020, Sony telah melancarkan kamera mirrorless A7S III yang dinanti ramai selama 5 tahun selepas kali terakhir A7S II dilancarkan pada tahun 2015. A7S III membawakan pelbagai fungsi baru antaranya 4k60p, 4k120p, 1080p240, screen boleh pusing dan antaramuka sistem menu serba baru dengan fungsi touch dan juga gyro stabilization. Ramai pengguna Sony berharap selepas A7S III, Sony akan melancarkan pula pengganti kepada A7 III , model kamera Sony yang sangat popular sejak dilancarkan pada tahun 2018.

Tetapi nampaknya Sony memilih untuk melancarkan kamera baru iaitu Sony a7C, kamera dengan sensor 24MP Full Frame sama dengan A7 III, cuma dalam rekaan body yang lebih kompak dan ringan, tak jauh beza dengan siri kamera APS-C Sony A6000/A6400/A6600. Sony A7 IV pula barang kali akan dilancarkan pada tahun 2021 paling awal.

Sony a7C Camera Mirrorless Full Frame Kompak dan Ringan

sony a7c camera malaysia

harga kamera sony a7c malaysia
Sekali pandang, a7C agak sama seperti kamera mirrorless dengan sensor APS-C Sony seperti A6000, A6400 dan A6600. Bagaimanapun, sensor full frame di dalam a7C akan menghasilkan gambar dengan kualiti yang lebih baik berbanding sensor APS-C. Dari segi berat, a7C dengan berat 509g adalah kira-kira 150g lebih ringan daripada A7 III (body sahaja 650g). 

Sony menyasarkan kamera a7C sebagai kamera yang sangat kecil, ringan, mudah digunakan dengan kualiti paling terbaik untuk content creator, youtuber, vlogger dan juga travel blogger. Sebahagian besar mereka ini tidak berminat untuk gunakan kamera dan lens yang besar dan berat, jadi Sony pilih untuk masukkan sensor Full Frame ke dalam body yang lebih berbanding body A7 series.

BACA :  Yi 4K Action Camera Dilancarkan - Lebih Banyak Fungsi Baru Yang Tiada Di GoPro

 

Turut dilancarkan bersama-sama a7C ialah kit lens terbaru yang juga sangat kecil dan ringan : Sony 28-60mm F4-5.6 dan juga Flash Sony HVL-F28RM yang kompak sesuai untuk kamera mirrorless Full Frame dan APS-C Sony yang lain.

⠀⠀⠀

 

Menurut banyak review awal, Sony a7C sangat berkemampuan dari segi kualiti gambar kerana sensor yang digunakan ialah sama seperti A7 III. Namun, dari segi usability, spesifikasi video dan harga, ramai techtuber berpendapat Sony seharusnya meletakkan sistem menu baru seperti dalam A7S III dan juga meletakkan chip Bionz XR baru yang boleh merakam video dalam kualiti 10-bit berbanding 8-bit seperti kamera Sony lain dalam tempoh 10 tahun.

Dari segi harga, ramai juga berpendapat $1799 (~RM7500) agak tinggi dan harga yang lebih munasabah sepatutnya di antara $1500 (~RM6000) kerana pesaing Sony seperti Nikon dan Panasonic mempunyai model yang lebih kompetitif dalam julat harga antara $1500 – $2000.

Apa pendapat anda mengenai kamera Sony a7C baru?

Sumber : Alpha Universe



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕





mi-band-5-malaysia

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


iphone se 2020 malaysia price

🤩 Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply