Ini Adalah Sony Playstation 5 (PS5) dan DualSense, Controller Baru PS5 Dengan Tona Warna Hitam-Putih

sony ps5 malaysia 2020

Akhirnya, Sony buat pertama kali telah mendedahkan rekaan dan rupa serta spesifikasi konsol generasi baru mereka iaitu Sony Playstation 5 / Sony PS5 yang bakal dilancarkan pada penghujung tahun 2020. 

DualSense Controller Baru Sony PS5 Menggantikan DualShock 4

ps5 controller dualsense

Controller PS5 serba baru ini dikenali dengan nama DualSense. Seperti konsol PS5 juga, ia menggunakan tona warna hitam-putih.

Menurut Sony, pereka PS5 cuba meneroka arus baru dalam dalam pemilihan warna controller DualSense dan akhirnya memilih rekaan dua-tona iaitu gabungan hitam dan putih. Sony juga telah menambah microphone terbina dalam controller bagi memudahkan pemain menggunakan voice-chat tanpa perlu microphone atau headset tambahan. 

Antara fungsi baru dalam DualSense pula ialah Adaptive Trigger di dalam butang L2 dan R2 untuk lebih “feel” ketika anda melakukan sesuatu aksi seperti menarik anak panah. Butang “Share” pula telah digantikan dengan butang “Create” yang lebih memudahkan perkongsian ketika bermain game dan juga memudahkan proses “content creation” seperti rakam dan rekod gameplay dan sebagainya.

Berdasarkan gambar awal yang dikongsi Sony, nampaknya DualSense kini akan menggunakan sambungan USB-C yang lebih universal. Beberapa fungsi dan aspek baru dalam DualSense akan didedahkan di masa hadapan sebelum pelancaran rasmi PS5 ke pasaran.

⠀⠀⠀

Mengikut tinjaun kami di Twitter dan Reddit, terdapat sebilangan besar peminat setia Sony kurang berpuas hati dengan pemilihan warna dua-tona untuk controller DualSense. Ramai beranggapan bahawa DualSense nampak lebih elegan dan timeless sekiranya dilancarkan dalam warna hitam.

BACA :  Need for Speed Most Wanted Ditawarkan Secara Percuma di EA Origin – Muat Turun Sekarang !

ps5 controller dualsense

Rekaan mockup oleh redditor.

dualsense ps5 controller

Mockup DualSense dalam beberapa versi God of War dan Spiderman. Serius cantik yang versi Spiderman tu.


Sony PS5 dijangka akan dilancarkan pada November/Disember 2020 ini dengan harga sekitar $499 (RM1999 – RM2099). Sudahkah anda bersedia menabung?



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕





mi-band-5

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


iphone se 2020 malaysia price

🤩 Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply