Sony WF-1000XM3 Wireless Earbuds Dengan Fungsi Noise Cancelling Kini Dijual Di Malaysia – Harga RM949

sony WF-1000XM3 earbuds malaysia

Pada awal Julai 2019 lepas, Sony telah melancarkan produk baru mereka iaitu Sony WF-1000XM3 wireless earbuds dengan fungsi noise cancelling. Produk ini adalah dalam kategori premium device dan bersaing secara terus dengan wireless earbuds yang popular di pasaran seperti Apple Airpods 2 dan Beats Powerbeats Pro.

Sony WF-1000XM3 Bluetooth Noise Cancelling Earbuds

WF-1000XM3 sebenarnya adalah versi earbuds atau earphone kepada Sony WH-1000XM3 yang juga agak popular dikalangan audiophile di Malaysia dan juga seluruh dunia. Apa yang membezakan WF-1000XM3 dengan pesaing mereka ialah teknologi noise cancelling di mana pengguna boleh mendengar muzik atau audio dengan lebih sedap dan tenang tanpa sebarang gangguan bunyi daripada persekitaran.


Bayangkan anda meluangkan masa seorang diri di kafe sambil menikmati kopi hipster harga RM20 secawan, pasang pula lagu Spotify Premium dengan bitrate 320kbps. Bebas pencemaran bunyi luaran yang riuh seperti pasar ikan dan hanya irama dan lagu di ruang telinga anda. Bayangkan~

BACA :  Ulasan Redmi Airdots - Sebuah Earphone Bluetooth yang Berkualiti & Murah

Sebagai peranti kelas bangsawan, Sony menjanjikan kualiti audio terbaik dengan ketahanan bateri sepanjang hari.

sony WF-1000XM3 black gold

Anda boleh memiliki WF-1000XM3 pada hari ini juga pada harga RM949 dan dalam pilihan dua warna iaitu Black dan Gold. Sebagai perbandingan, Apple Airpods 2 berharga RM879 dan Beats Powerbeats Pro berharga RM999 di Malaysia. Kedua-dua ini tiada fungsi noise cancelling seakan Sony.

Sony WF-1000XM3 Noise Cancelling Earphones



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply