sony xperia x

Sony membuat kejutan di Mobile Word Congress dengan mengumumkan 3 smartphone baru iaitu Sony Xperia X, Xperia X Performance dan Xperia XA. Ini kerana tiada perkhabaran awal dan tiada kebocoran laporan bahawa Sony akan melancarkan beberapa smartphone baru memandangkan baru sahaja beberapa bulan lepas mereka telah melancarkan siri Xperia Z5 . Siri Xperia X ini dikatakan sebagai evolusi kepada peranti Sony dalam siri Z, M dan C dengan spesifikasi kelas pertengahan, kelas pertengahan atas dan kelas flagship.

xperia x performance

Sony Xperia X Performance

Ketiga-tiga model Sony Xperia X adalah bersaiz 5″ dan rekaan bagi Xperia X dan Xperia X Performance adalah sama cuma berbeza dari segi spesifikasi. Xperia X Performance merupakan peranti ‘flagship’ dengan binaan badan logam yang lebih premium , dilengkapi dengan 3GB RAM serta kamera belakang 23 MP dengan fungsi autofocus ultra pantas. Kamera depan pula dilengkapi sensor 13 MP dengan fungsi tangkapan kurang cahaya (low light) yang lebih berkualiti.

Dengan skrin hanya dengan resolusi 1080p, prestasi Xperia X Performance dijangka sangat lancar lebih-lebih bagi bila digandingkan dengan cip Snapdragon 820. Kapasiti bateri pula walaupun hanya 2700 mAh, Sony menyatakan bahawa mereka yakin phone ini mampu bertahan sehingga 2 hari dengan sekali cas.

Sony Xperia X

sony xperia x series

Sony Xperia X mempunyai rekaan yang sama dengan Xperia X Performance namun perbezaan paling ketara ialah cip pemproses yang digunakan pada Xperia X ialah Snapdragon 650. Kapasiti bateri pula sedikit rendah iaitu 2620 mAh manakala kamera belakang 23 MP dan kamera depan 13 MP dikekalkan. Bagi pengguna kasual yang tidak perlukan cip pemproses yang terkini dan paling laju, Snapdragon 650 sudah memadai dan secara tidak langsung menurunkan harga keseluruhan peranti Xperia X.

Sony Xperia XA

sony xperia xa

Secara jujur, saya lebih menyukai rekaan bezel-less (frame nipis) pada Xperia XA berbanding Xperia X yang lebih bersifat tradisional. Ia kelihatan moden dan canggih. Spesifikasi Xperia XA boleh dikategorikan kepada kelas pertengahan kerana hanya mempunyai skrin 720p, cip Mediatek MT6755 dan 2GB RAM. Dari segi kamera, ia dilengkapi sensor 13 MP bagi kamera belakang dan 8MP kamera depan. Rekaan badan bagi Xperia XA adalah daripada plastik dan bukan logam seperti X dan XP.

Ramai peminat Sony masih menunggu peranti flagship yang mempunyai rekaan bezel-less tetapi belum pasti adakah ia akan menjadi realiti suatu hari nanti.

Android Marshmallow

xperia x marshmallow

Ketiga-tiga peranti Sony Xperia X menggunakan sistem operasi Android 6.0 Marshmallow. Menurut video promosi Xperia X, Sony mungkin akan memperkenalkan ikon dan perubahan antaramuka baru pada kemaskini Android Marshmallow. Tiada lagi ikon glossy yang sinonim dengan Xperia.


Peranti siri Xperia X dilaporkan akan berada di pasaran pada bulan Jun 2016, satu tempoh yang agak panjang kerana ia diumumkan pada bulan Februari. Dalam tempoh itu, banyak pesaing akan muncul dengan peranti-peranti generasi baru dan taktik Sony ini dilihat agak berisiko.

Apa pendapat anda mengenai peranti generasi baru Xperia X?

Sumber : Sony News

496 total views, 3 views today