sony-xz-premium

Smartphone kelas flagship terbaru Sony iaitu Xperia XZ Premium telah dinamakan sebagai smartphone baru terbaik di MWC 2017 yang baru sahaja selesai berlangsung di Barcelona. XZ Premium merupakan percubaan terbaru Sony untuk kekal relevan di dalam persaingan smartphone Android yang di-dominasi oleh Samsung dan pengeluar dari China. Tahniah kepada Sony kerana dipilih mengalahkan flagship terbaru seperti LG G6, Huawei P10 dan beberapa lagi.

Sony Xperia XZ Premium

Xperia XZ Premium merupakan smartphone yang pertama diumumkan menggunakan Snapdragon 835 yang berkuasa tinggi serta menunjukkan banyak peningkatan yang ketara berbanding model sebelumnya. Tetapi, Sony masih mengekalkan rekaan yang mempunyai saiz bezel yang besar dan sedikit tebal sedangkan Samsung, LG, Huawei, Xiaomi serta Apple komited untuk menghasilkan smartphone dengan bezel yang nipis dan elegan.

Peningkatan XZ Premium berbanding model Xperia sebelumnya;

  • Skrin 4K yang lebih terang dan warna yang lebih cantik dengan teknologi HDR
  • Storan dalaman 64GB UFS 2.1 yang lebih laju berbanding teknologi lama emmc 5.1
  • Kamera 19MP dengan saiz pixel yang lebih besar dan keupayaan menangkap gambar kurang cahaya yang lebih baik
  • Rakaman video slow-motion sehingga 720p 960fps – pertama di dunia
  • Kamera panorama yang lebih tinggi resolusi dan tajam berbanding sebelumnya
  • 4K video kini menyokong 5-axis stabilization

Sumber : Sony Mobile Blog



RELATED POSTS