stardew valley 2

Anda pernah bermain game Harvest Moon : Friends of Mineral Town (HM : FOMT)? Ia merupakan antara game favorite saya sepanjang zaman, kerana zaman persekolahan saya banyak dihabiskan dengan bermain game console & handheld daripada Nintendo. Stardew Valley pula merupakan game simulasi untuk PC yang diterbitkan pada Feb 2016 dan boleh dikatakan adalah ‘throwback’ kepada siri permainan Harvest Moon dan jalan ceritanya pula diinspirasikan daripada  FOMT.

Stardew Valley – ‘Harvest Moon’ Versi PC

Sehingga kini, game Stardew Valley menerima lebih 5000 review positif di Steam dan rata-ratanya adalah dari peminat tegar siri Harvest Moon. Anda boleh beli game Stardew Valley pada harga RM31 di Steam, harga yang boleh dikatakan agak murah berbanding harga USD iaitu $14.90 untuk pasaran antarabangsa.

Gameplay juga menyerupai Harvest Moon di mana anda boleh bercucuk tanam, menjual hasil tanaman, membela haiwan seperti kucing atau anjing, menunggang kuda, menternak lembu, biri-biri serta kambing. Anda juga boleh propose dan berkahwin dalam Stardew Valley sebagaimana anda berkahwin dalam HM : FOMT. 😀

Memandangkan game ini adalah dalam grafik 2D ala SNES, kebanyakan PC dan laptop sepatutnya boleh memainkan game ini dengan lancar. Saya kongsikan beberapa screenshot daripada game ini dan menjemput anda mencuba sendiri game ini untuk merasai keseronokan kembali bermain simulasi kehidupan seorang peladang. 🙂

stardew valley 3

stardew valley 4

stardew valley 1

 

 

383 total views, 1 views today