steam link android



Steam Link app kini dilancarkan di Play Store dan tidak lama lagi akan hadir di iOS App Store juga. Steam Link membolehkan anda memainkan game di dalam library Steam di peranti mudah alih iPhone, iPad, Android Phone, Apple TV dan Android TV Box secara local network streaming.

Steam Link – Stream dan Main Game STEAM di iPhone, iPad, Android Phone

Steam Link Android

Contoh penggunaan app Steam Link ini adalah; di rumah anda ada Gaming PC yang terletak di dalam bilik khas, tetapi kadang-kadang rasa nak baring atas sofa sambil main phone. Dengan app Steam Link, anda boleh stream game sedia ada dalam PC atau laptop ke phone itu dan main menggunakan controller.

Teknologi yang digunakan oleh Steam Link menghasilkan pengalaman streaming yang mudah, laju serta kurang lag atau latency.

steam link android

Menurut Valve, untuk mendapatkan pengalaman Steam Link yang terbaik; digalakkan menggunakan sambungan kabel daripada router ke gaming PC, dan wireless 5Ghz antara router dan smartphone. Anda boleh set quality streaming kepada visual paling cantik atau frame rate paling lancar.

steam link android

Seperkara lagi, Steam Link memerlukan anda memiliki controller samada wired, wireless atau bluetooth gamepad. Kalau ada controller universal yang menyokong semua peranti seperti iOS, Android, PC lagi mudah. Game2 Steam seperti The Witcher 3 perlu main guna controller untuk lebih mudah.

Nak cuba Steam Link di phone?

Download Steam Link Android | Download Steam Link iOS

Selamat mencuba!



RELATED POSTS