TM Akan Upgrade Pelan Internet Pengguna Streamyx Sehingga 100Mbps Secara Percuma – Semak Kelayakan Anda Sekarang

streamyx-free-upgrade-unifi

TM kini melancarkan semula laman untuk pengguna Streamyx menyemak kelayakan status mereka untuk menerima upgrade percuma ke Unifi dengan kelajuan maksimum 100Mbps. Anda boleh semak kelayakan dengan memasukkan butiran berikut di laman Unifi.

TM Akan Upgrade Pelan Internet Pengguna Streamyx Sehingga 100Mbps Secara Percuma

Anda perlukan nama penuh, nombor kad pengenalan dan ID streamyx bagi pemilik akaun.

Streamyx Free Unifi Upgrade Checker

Menurut TM, pengguna Streamyx yang tinggal di kawasan yang mempunyai infra Unifi boleh menerima peningkatan ke pakej Unifi sehingga 100Mbps. Sebaliknya, jika tiada infra, sebahagian pengguna Streamyx hanya akan menerima upgrade ke Streamyx 8Mbps sahaja.

Ini contoh upgrade yang saya terima, menggunakan butiran akaun Streamyx untuk rumah keluarga saya.

unifi-free-upgrade-from-streamyx

Malangnya TM tidak menjelaskan butiran pelan Unifi yang saya akan dapat upgrade pada bulan Ogos – Disember 2018 nanti. Untuk kali ini, saya bagi TM sekali lagi peluang, jika apa yang saya dapat upgrade nanti hanya Unifi 10Mbps, saya akan tamatkan kontrak dengan TM pada hujung 2018 ini juga.

Bagaimana dengan anda?



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply