TM Turunkan Harga Streamyx 8Mbps – RM69 Untuk Pengguna Sedia Ada (Harga Asal RM160 Sebulan)

streamyx turun harga

Hari ini dalam sejarah, Telekom Malaysia (TM) akhirnya secara rasmi menurunkan harga bagi pelan Streamyx 8Mbps kepada RM69 sebulan berbanding harga asal RM160 sebulan. Hampir sejuta pelanggan Streamyx sedia ada bakal menikmati penjimatan hampir RM100 daripada harga asal.

Streamyx 8Mbps Kini RM69 Sebulan Untuk Pengguna Sedia Ada, RM89 Untuk Pelanggan Baru

streamyx 8mbps rm69

Ringkasan pengumuman oleh TM hari ini (27 Julai 2019) :

  • Streamyx 8Mbps turun harga kepada RM69 sebulan (harga asal RM160 sebulan) kepada pelanggan sedia ada
  • Streamyx 8Mbps ditawarkan pada harga RM89 sebulan untuk pelangggan baru
  • Alternatif kepada Streamyx iaitu Jalur Lebar Tanpa Wayar menggunakan teknologi 4G LTE
  • Sehingga 70% pelanggan TM dijangka bakal menikmati Unifi pada akhir 2020
  • Penawaran internet kelajuan tinggi menggunakan teknologi Fibre, tanpa wayar 4G LTE dan GigaWire pada 2021

Harga Streamyx 8Mbps RM69 merupakan berita yang sangat baik kerana pengguna Streamyx sudah menunggu bertahun-tahun untuk harga pelan yang lebih murah. Penjimatan hampir RM100 sebulan juga sangat besar nilainya kerana dengan duit yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk banyak lagi perkara lain yang lebih berfaedah. Penurunan harga Streamyx ini juga saya lihat boleh membantu mengurangkan kos sara hidup terutama sekali golongan B40.

Matematik mudah, (160 – 69) x 12 = 1092. Penjimatan RM1092 setahun. Syukur.


Harga baru Streamyx 8Mbps RM69 akan bermula September 2019 ini, jangan lupa periksa bil anda nanti.

Sekiranya anda masih lagi menggunakan Streamyx 512kbps, 1Mbps, 4Mbps, cadangan saya ialah cuba ke kedai TM berdekatan untuk rundingan upgrade pelan ke 8Mbps sekiranya boleh. Jika kawasan anda hanya ada maksimum Streamyx 1,2 atau 4Mbps, boleh lah berfikir untuk beralih kepada wireless broadband pula.

BACA :  Urban Skyline Wallpaper - Hasil Seni Romain Trystram Yang Cantik dan Teliti

Kalau betul ada Unifi Air unlimited quota RM79 sebulan tidak lama lagi, mungkin anda boleh beralih kepada wireless internet 4G LTE pula. Tak berbaloi pakai internet 1,2 atau 4Mbps, lagipun dah esok lusa nak masuk tahun 2020.

Sumber : TM Newsroom

 



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply