TM sebelum ini telah mengumumkan bahawa Streamyx 8Mbps akan diturunkan harga kepada RM69 sebulan daripada harga asal RM160 sebulan. Terbaru, TM juga telah mengumumkan bahawa Streamyx akan dikenali sebagai Unifi Lite dan harga langganan semua pelan Streamyx 1Mbps, 2Mbps, 4Mbps, 8Mbps akan menjadi RM69 sebulan bermula September 2019 ini.
Streamyx Kini Unifi Lite – Semua Pelan Harga RM69 Sebulan
Menurut TM juga, sekiranya anda bukan pelanggan Streamyx sedia ada, anda ada masa sehingga 31 Ogos ini untuk melanggan pelan Streamyx untuk melayakkan anda boleh harga langganan Unifi Lite RM69 sebulan. Sekiranya anda memilih untuk melanggan Unifi Lite selepas 1 September, harga langganan ialah RM89 sebulan. Beza RM20 sebulan atau RM240 setahun.
Unifi Lite hanyalah langkah sementara demi mempersiapkan dan menambah baik teknologi Fibre, GigaWire dan 4G LTE yang dijangka akan diimplementasi secara meluas pada 2021.
Sumber : Unifi Facebook
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥