street fighter v ryu hadouken

Street Fighter V (SFV) telah dilancarkan secara global pada 16 Feb 2016 dan buat pertama kali dalam sejarah SF ia dilancarkan serentak di pelantar Sony Playstation 4 (PS4) dan PC (Steam). Sebagai peminat setia Street Fighter, saya juga tidak ketinggalan mencuba Street Fighter V pada hari pelancaran kerana penantian berbulan-bulan sudahpun tiba pada waktunya. Bagi yang berminat, SFV menyokong fungsi crossplay antara PS4 dan PC jadi anda boleh bermain multiplayer bersama rakan-rakan anda walaupun menggunakan pelantar yang berlainan.

Street Fighter V : Review Awal

Selepas meluangkan sedikit masa bermain SFV, saya boleh simpulkan bahawa SFV mempunyai kualiti grafik baik, animasi cantik, gameplay juga telah dipertingkatkan berbanding Street Fighter IV, cuma…buat masa sekarang SFV adalah sangat kekurangan dari segi kandungan (game content). Versi awal ini lebih memfokuskan kepada multiplayer dan kandungan single player sangat kurang. Capcom telah menjelaskan bahawa mereka akan melakukan kemaskini berjadual dan kandungan baru akan dilancarkan kepada pemilik SFV sedia ada pada setiap bulan.

street fighter v update

6 karekter baru akan dilancarkan sepanjang 2016 iaitu Alex, Guile, Ibuki, Balrog, Juri dan Urien. Manakala mode Cinematic Story Expansion pula akan dilancarkan pada bulan Jun 2016. Jadi boleh dikatakan Street Fighter V buat masa sekarang adalah “barebone” sahaja.

Menu SFV – pilihan untuk SHOP akan dibuka pada Mac 2016. Pada permulaan SFV, anda diminta untuk membuat fighters ID dan memilih lokasi negara.

street fighter v graphic setting

Anda boleh mengubah kualiti grafik di dalam Options > Graphic Settings. (PC Spec : i5-6600k, 8GB RAM, AMD R9 380 4GB.)

Kepada pemain PC, SFV mempunyai kelemahan yang agak besar di mana ia memerlukan anda menggunakan controller Xbox 360 atau Xbox One sahaja. Tiada sokongan kepada controller jenama lain seperti PS4 controller. Malah tiada juga pilihan untuk anda mengubah tetapan keyboard, di mana anda boleh menggunakan keyboard tanpa masalah di Street Fighter IV.

street fighter v character select

Senarai karekter yang boleh dipilih dalam SFV – ada 16 kesemuanya. Ada 4 karekter baru iaitu Laura, Necalli, Rashid dan FANG. Manakala 12 karekter dari siri SF terdahulu ialah Ryu, Ken, Chun-Li, M.Bison, Zangief, Vega, Nash, Birdie, Dhalsim, Cammy, Karin dan R.Mika.

Masih belum diketahui bila kah karekter kesukaan ramai seperti Akuma, Sakura, Sagat, Blanka, E.Honda, Sodom, Gen dan lain-lain akan ditambah ke dalam SFV.

street fighter v stage select

Pilihan Stage juga sangat terhad – hanya ada 10 lokasi termasuk 1 lokasi untuk training.

street fighter v loading screen

Loading screen SFV.

Hadouken ! Kualiti grafik yang cantik dan animasi serta latar belakang yang kemas.

street fighter v hadouken ryu

Skill dan command yang familiar bagi penggemar setia SF. Beberapa mod baru diperkenalkan seperti V Trigger – di ajar pada sesi tutorial ketika permulaan.

street fighter v shoryuken

street fighter v dhalsim

street fighter v yoga fire

Keseronokan SFV terbatas akibat kekurangan content pada masa sekarang. Capcom dilihat terlalu rushed untuk memasarkan SFV dan walaupun SFV banyak menerima reaksi positif daripada komuniti fighting gamers, namun ia tetap terasa ‘kosong’.

Saya yakin bahawa Street Fighter V boleh jadi lebih enjoyable di masa akan datang selepas kandungan baru ditambah. Sekiranya perlu, saya akan tambah lagi ulasan-ulasan untuk kandungan baru dalam SFV kelak.

Gambar daripada SFV versi PC.

404 total views, 1 views today



RELATED POSTS