uniqlo-my-hero-academia

T-shirt Uniqlo X Shonen Jump boleh dikatakan mendapat sambutan yang agak baik juga di Malaysia terutama di kalangan peminat tegar siri One Piece, Naruto, Dragon Ball dan sebagainya. Kini, Uniqlo Malaysia telah membawa “batch” terbaru t-shirt Uniqlo X Shonen Jump yang menampilkan watak-watak popular seperti Vegeta, Bakugou, Whitebeard, Zeff dan beberapa lagi.

T-Shirt Uniqlo X Shonen Jump Terbaru – Menampilkan Design Vegeta, My Hero Academia, Whitebeard dan Zeff Berkaki Merah

uniqlo one piece malaysia

Kesemua t-shirt Uniqlo X Shonen Jump boleh dibeli secara online di laman Uniqlo Malaysia ataupun di kedai fizikal Uniqlo. Untuk pembelian secara online, anda perlukan pembelian minimum sebanyak RM150 untuk penghantaran percuma, jadi boleh ajak kawan-kawan beli sekali dalam satu invois.

Saya paling suka design t-shirt Vegeta dan Bakugou. Kalau tanpa tulisan “Come Here Son” tu rasanya mesti lagi menarik t-shirt Vegeta tu kan?

Uniqlo X Shonen Jump T-Shirt



RELATED POSTS