Elok Musk menerusi Twitter telah mengumumkan pelancaran Tesla Model S 2021 dengan beberapa peningkatan menarik iaitu “gaming PC” dengan terbina dalam, 3 skrin infotaiment dan juga stereng kapal-terbang (aircraft yoke-style).
Tesla Arcade yang merupakan salah satu fungsi dalam sistem infotainment kereta elektrik Tesla kini mempunyai spesifikasi gaming performance 10 Teraflops, iaitu setara dengan Sony Playstation 5 (PS5). Kini, game seperti The Witcher 3 dan juga Cyberpunk 2077 mampu dimainkan dalam kualiti tinggi di mana sahaja kereta berada.
Tesla Model S 2021
Menurut beberapa portal teknologi, kereta Tesla Model S 2021 ini menggunakan cip AMD Navi 23 RDNA2, iaitu teknologi yang hampir sama dengan cip AMD yang digunakan dalam konsol Sony PS5 dan Xbox Series S|X baru. Tesla Arcade pertama kali diperkenalkan pada pertengahan 2019, dan ketika itu game yang mampu dimainkan adalah game mobile yang turut dilancarkan di iOS dan Android.
Dengan komputer 10 teraflops terbina dalam, Tesla Model S 2021 ini merupakan kereta elektrik yang super canggih dan mampu memainkan game terkini dan juga menjalankan aplikasi moden dengan lancar.
Skrin utama kereta Tesla Model S 2021 dilengkapi skrin bersaiz 17-inci dengan resolusi 2200×1300. Dengan sokongan wireless controller, anda boleh memainkan game dari seat depan mahupun ketika duduk di seat belakang sebagai penumpang.
Seperti model kereta Tesla yang lain, fungsi update secara over-the-air seperti mana anda update iOS atau Android juga tersedia. Kebolehan seperti menonton Youtube, Netflix, menggunakan internet browser dan stream music juga boleh dijalankan. Antara fungsi yang menjadikan Tesla, sebagai Tesla.
Di US, Tesla Model S 2021 variant Long Range berharga $79990 (RM324,279) dan $119990 (RM486,439) untuk variant Plaid. Variant Long Range memiliki kelebihan fast-charging dengan jarak pemanduan sehingga 320 km hanya dengan charge selama 15 minit.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥