Dalam beberapa minggu ini saya ada menerima banyak mesej berkenaan laptop budget terbaik harga ~RM1500 untuk tujuan kelas online dan kerja dari rumah memandangkan musim PKP 2.0 sekarang. Biasanya sukar untuk cari laptop yang spec bagus harga bawah RM1500, kerana laptop-laptop baru dalam julat harga ini biasanya hanya menggunakan chip Intel Pentium atau Intel Celeron N4100 yang bagi saya tidak cukup laju. Laptop yang guna AMD Athlon 3050U (lebih laju dari Intel Pentium/Celeron) pula tak banyak pilihan dan susah nak jumpa di kedai atau online.
Lepas survey puluhan model laptop, saya berpendapat laptop Thinkpad X260 ini laptop terbaik untuk kelas online dan kerja dari rumah dengan bajet harga hanya sekitar ~RM1500.
Thinkpad X260 – Laptop Murah Terbaik Harga Bawah RM1500
Sedikit pengenalan, Thinkpad X260 merupakan laptop keluaran tahun 2016 dengan saiz 12.5″. Kiranya model laptop ni dah masuk 5 tahun. Harga Thinkpad X260 masa mula-mula keluar dulu dalam RM4000 – RM6000 dan kini dijual pada harga ~RM1400 -RM1700 (bergantung kepada spec).
Berbaloi lagi ke beli laptop model 5 tahun lepas dengan harga RM1500?
Beli Thinkpad X260 Laptop Murah Student Kelas Online
Beli Thinkpad X260 di Shopee.
Beli Thinkpad X260 di Lazada.
Jika anda ingin laptop yang skrin saiz 14″, boleh cari Thinkpad T450 atau Thinkpad T460 – spec i5 8GB RAM 256GB SSD.
5 Kelebihan Laptop Thinkpad X260
1 – Performance masih laju walaupun di tahun 2021
Kebanyakan model Thinkpad X260 yang dijual adalah model yang dilengkapi chip Intel i5-6300U (Skylake). Saya cadangkan anda pilih model i5-6300U, 8GB RAM, 256GB SSD, IPS 300 nits screen. Kalau boleh elak beli model RAM 4GB dan HDD 500GB atau HDD 1TB.
2 – Build quality Thinkpad yang lasak
Thinkpad adalah laptop yang biasanya digunakan dalam Enterprise dan company besar. Memang dibuat supaya tahan lasak untuk digunakan bertahun-tahun lamanya. Keyboard Thinkpad pula antara yang terbaik dalam pasaran, memang sedap buat menaip dokumen.
3 – Hardware senang upgrade
Selain lasak, Thinkpad X260 juga ada kelebihan senang nak upgrade hardware. Nak tukar SSD, upgrade RAM dan banyak lagi komponen tanpa hantar kedai? Buka casing bahagian bawah, dan pasang sendiri dan perlu pengalaman teknikal.
4 – Spare parts senang cari
Laptop Thinkpad juga kelebihan mudah dibaiki dan spare parts senang cari, biarpun model lama. Cari saja di Shopee, Lazada, Ebay atau Aliexpress. Berbanding banyak model laptop baru yang nipis, kelemahannnya hardware dalaman melekat (soldered) di motherboard – bateri, ram, etc yang mana kalau rosak, memang harga baiki umpama beli laptop baru sebiji lagi.
5 – Bateri boleh cabut
Bateri thinkpad boleh cabut, dan boleh pasang battery yang lagi besar (72wh untuk X260) untuk ketahanan lebih 10 jam. Kalau laptop X260 yang anda beli ini battery kurang bagus, boleh beli battery replacement di Shopee atau Lazada.
6 – Keyboard Thinkpad terbaik di pasaran – sedap buat menaip dokumen
7 – Boleh pasang internal 4G LTE modem
Laptop yang boleh masuk sim card dan pakai data 4G tak banyak wujud di pasaran. Tapi Thinkpad X260 boleh, kalau pasang sendiri modem WWAN LTE. Boleh search “X260 WWAN modem” dan tengok cara pasang di Youtube. Laptop yang boleh masuk sim card unlimited data, memang best lah senang kata.
Sumber rujukan : Thinkpad X260 Notebookcheck | Thinkpad X260 Review
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥