time 500mbps internet

Wow – TIME baru sahaja melancarkan plan internet baru untuk pengguna rumah dan kelajuan maksimum ialah sehingga 500 Mbps. Disruptive pricing – kerana harga plan baru TIME Fibre Home Broadband ini hanya serendah RM149 sebulan bagi kelajuan 100 Mbps.

Time Fibre Home Internet 100Mbps, 300Mbps, 500Mbps

time 500mbps pricing

Plan baru internet 100 Mbps adalah serendah RM149/sebulan bagi kelajuan 100Mbps, RM189/sebulan bagi kelajuan 300Mbps dan RM299/sebulan bagi kelajuan maksimum 500 Mbps. Sebagai perbandingan, ia jauh lebih murah dan laju berbanding pakej Unifi 30 Mbps pada harga RM179 sebulan.

time 500mbs unlimited

Lagi berita menarik ialah plan Time Fibre Home Broadband adalah unlimited – tiada had kuota dikenakan dan dikhaskan untuk pengguna Internet generasi kini yang gemarkan games, streaming dan download.

Buat masa sekarang coverage TIME Fibre Home Broadband adalah sangat terhad, dan jika rumah anda termasuk dalam coverage, jangan terlepas peluang menikmati internet kelajuan tinggi daripada TIME kerana kebanyakan review saya jumpa adalah sangat positif.

Syabas kepada TIME di atas pelancaran plan baru yang mengancam ini, kita perlukan lebih banyak rocket scientist bukan dinosaurs ! 😀

570 total views, 1 views today