TIME Internet – 1Gbps Fibre Home Broadband Yang Lagi Laju Lagi Murah ! Daftar Online Sekarang Untuk Potongan Sebanyak RM100 Untuk Bil Pertama

TIME Internet baru sahaja memperkenalkan pakej TIME Fibre Home Broadband terpantas yang pernah mereka tawarkan iaitu Internet 1Gbps yang 100% Unlimited, tanpa quota.

Penawaran oleh TIME Internet ini sekaligus jauh mengatasi pesaing mereka dalam arena Home Broadband. Jujur kami sendiri pun tak sangka yang pengguna Malaysia tak perlu tunggu selepas 2020 untuk langgan Intenet 1Gbps kerana TIME Internet dah lancarkan Home Broadband 1Gbps mereka sendiri pada tahun Oktober 2018 lagi. Yang lebih menarik yang anda tak perlu berbelanja tinggi untuk menikmati TIME Fibre Home Broadband 1Gbps kerana harga pakej ini hanya RM199 sebulan.

TIME Internet – 1Gbps Fibre Home Broadband —¬†Daftar Online Sekarang Untuk Potongan Sebanyak RM100 Untuk Bil Pertama

Laju sangat ke Internet 1Gbps ni?

Ya, kalau anda dah rasa internet 50Mbps atau 100Mbps itu sangat laju, cuba darab 10 lagi kelajuan tu. Confirm berdesup !

TIME Internet ini menggunakan teknologi 100% fiber optik dengan sambungan terus ke rumah yang canggih dan tidak terganggu oleh masalah cuaca dan juga tidak ada gangguan kelajuan walaupun dalam satu kediaman itu ada ramai pengguna pada satu masa. Teknologi TIME Internet juga membolehkan pengguna menikmati kelajuan upload yang tinggi bermula 100Mbps sehingga 500Mbps.

Tiada telco lain yang mampu memberikan anda upload speed sehingga 500Mbps melainkan dengan TIME Internet.

Kalau dulu, contohnya seorang photographer perlu hantar atau pos pendrive kepada client untuk berurusan dengan file bersaiz besar, kini hanya perlu transfer file seperti gambar RAW atau video 4K menggunakan Telegram atau upload kepada cloud storage sahaja. Cepat dan mudah.

Langgan TIME Fibre Home Broadband Secara Online – Rebat RM100 Untuk Bil Pertama

TIME Internet kini memberikan anda rebat RM100 untuk bil pertama sekiranya anda mendaftar secara online. Tiada had masa. Hanya perlu daftar online sahaja ya!

Sangat mudah, umpama 1,2,3.

Klik butang untuk daftar online (www.time.com.my)

Selepas itu, pilih pelan TIME Fibre Home Broadband – ada pilihan 100Mbps, 500Mbps dan 1Gbps.

  • TIME Fibre Home Broadband 100 Mbps – RM99 sebulan
  • TIME Fibre Home Broadband 500 Mbps – RM139 sebulan
  • TIME Fibre Home Broadband 1Gbps- RM199 sebulan

Pelan 100Mbps sesuai untuk pengguna kasual, manakala 500Mbps dan 1Gbps pula untuk pengguna yang perlu internet laju seperti streaming, content creation, atau mereka yang bekerja dari rumah.

Sebelum anda daftar, pastikan periksa dulu coverage TIME Internet di kawasan tempat tinggal anda. Ini penting bagi memastikan proses pemasangan berjalan lancar.

Selepas anda dah pasti kawasan anda layak untuk pemasangan, lengkapkan permohonanan secara online dan anda akan menerima email daripada pihak TIME Internet sebaik sahaja permohonan dibuat.

Permohonan online akan disusuli dengan membuat janji temu bagi waktu dan tarikh pemasangan TIME Internet Fibre di kediaman anda. Pilih masa yang paling sesuai untuk anda dan pihak TIME bagi melancarkan proses pemasangan.

Butiran penting pakej TIME Fibre Home Broadband

Kontrak adalah 12 bulan atau 24 bulan. Sekiranya anda pilih kontrak 12 bulan, bayaran one-time RM300 akan dikenakan.

Pakej 100Mbps dan 500Mbps mempunyai symmetrical download speed/upload speed. Manakala pakej 1Gbps akan mempunyai 500Mbps upload speed.

Pakej 100Mbps dan 500Mbps akan menerima router TP-Link Archer C1200. Pakej 1Gbps pula akan menerima router D-Link DIR-882.

Pendaftaran secara online amat digalakkan bagi kelancaran pemasangan dan juga melayakkan anda mendapat rebat RM100 untuk bil bulan pertama.

Speed Upgrade untuk pengguna TIME Internet sedia ada

Bagi pelanggan TIME yang baru mendaftar sebelum 7 Oktober 2018, berita baik kerana anda sudah menerima peningkatan pakej internet dan perubahan kadar bayaran bulanan secara automatik.

Mengikut tinjauan saya di media sosial, sudah ramai pengguna TIME yang menerima peningkatan pakej internet ke 500Mbps dan juga 1Gbps.

Sumber : TIME FAQS

Untuk maklumat lanjut mengenai TIME Fibre Broadband boleh ke www.time.com.my



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply