Tips Beli iPhone 6S Tanpa Contract atau Dengan Contract Telco

Tips Beli iPhone 6S Malaysia

Sabtu lepas, saya meluangkan masa ke beberapa kedai Apple Authrorized Seller termasuk kedai telco untuk mencuba iPhone 6S. Masa tu baru sehari lepas pelancaran rasmi di Malaysia, banyak ready stock, tak perlu queue atau pre-order dan kalau ready cash (atau cc) terus boleh beli on the spot. Yang saya perasan, tak ramai orang beli iPhone 6S tahun ini berbanding tahun lepas. Tahun lepas, nak dapat iPhone 6 Gold memang rare masa awal launching, kedai-kedai pun buat pre-order sebab stock habis cepat. Gambar-gambar unboxing iPhone 6 pun penuh dalam Instagram. Dekat social media memang hype habis ah.

Harga iPhone 6S yang mahal boleh jadi faktor pelancaran iPhone 6S kali ini agak ‘lukewarm’ berbanding sebelumnya. Kalau nak beli tanpa kontrak, anda kena anda sekurang-kurangnya RM3199 untuk iPhone 6S 16GB. Berbanding tahun-tahun lepas, base model iPhone berharga di bawah RM2500. Beza yang sangat banyak, partly because Ringgit Malaysia jatuh teruk. Tapi iPhone masih tetap ada komuniti peminatnya yang tersendiri, dan jika ada di antara anda yang berminat nak beli iPhone 6S, saya nak kongsikan beberapa tips.

go.

Tips Beli iPhone 6S

iphone 6s rose gold malaysia

Baca dulu : Harga Rasmi iPhone 6S dan 6S Plus di Malaysi

Kalau dah investing serious cash nak beli iPhone, go for 64GB iPhone. Sebabnya iPhone 16GB hanya dapat simpan sekitar 10GB usable space out of box. 64GB iPhone lebih future proof dan lebih convenient untuk tempoh masa panjang.

Camera baru 12MP iPhone 6S menghasilkan saiz gambar yang lebih besar berbanding camera 8MP iPhone terdahulu dan fungsi rakaman video 4K juga menghasilkan fail video yang bersaiz besar (6 saat video 4K = 40 MB).  Gambar dari camera selfie pun saiz lebih besar sebab Apple dah upgrade selfie camera kepada 5MP. Tu belum masuk kalau dah install banyak apps, games dan download Music lagi. Memang cepat sangat penuh dan sakit kepala juga kalau selalu nak transfer file ke komputer untuk free memory dalam iPhone.

Beli lah iPhone dari Apple Authorized Seller atau penjual yang honest dan trusted. Dah banyak sangat kes scam mengenai iPhone saya jumpa. Ada yang buat pre-order sampai berbulan-bulan last-last seller hilang ghaib bersama duit yang dah dibayar. iPhone adalah luxury item, jadi ramai orang ambil kesempatan nak buat duit mudah dengan menipu bakal pembeli iPhone yang naive.

Kalau nak beli online juga, beli lah dari Apple Store Malaysia. Service terbaik dan barang biasanya dihantar pakai DHL. Bukan beli dengan random seller dekat social media lepas tu mengamuk duit burn, barang tak sampai atau beli iPhone tapi dapat biskut.

Secara jujur saya tidak gemar membeli sesuatu barang yang ada kontrak. November tahun lepas saya beli iPhone 6 64GB tanpa kontrak dan kemudian saya subscribe pakej Basic 38 pun tanpa kontrak. Peace of mind. Tapi, untuk iPhone 6S saya galakkan ambil kontrak dengan telco untuk dapat harga iPhone subsidized  serta pakej Data Plan beserta rebate.

Saya beri contoh, iPhone 6s 64GB harga tanpa kontrak ialah RM3699. Telco jual harga device RM27XX dengan advanced payment sebanyak RM6XX dengan kontrak selama 2 tahun. Bayaran penuh masa nak dapat iPhone 6s 64GB tersebut ialah RM34XX.  Tetapi, advanced payment sebanyak RM6XX tu akan diberi rebate selama 10 bulan sebagai potongan kepada bil bulanan bagi langganan data plan.

Dengan cara ini, anda untung bayaran device sebanyak RM27XX serta bayaran bulanan Data Plan yang lebih murah selepas rebate daripada Advanced Payment. Berbanding beli iPhone tanpa kontrak, anda perlu bayar sekaligus RM3699 dan langgan pula Data Plan bulanan daripada telco tanpa sebarang rebate. Dengan cara ini, anda jimat banyak pada harga device subsidized dan jimat pada bayaran bulanan.

Nota : Pricing iPhone 6S Celcom, Maxis, Digi, Umobile adalah berbeza, jadi buat research dulu sebelum beli.

Ada cara nak beli iPhone tanpa bayaran muka, tanpa perlu ready RM3k lebih. Bayar menggunakan credit card dan ambil skim installment 0% selama 6 bulan, 1 tahun atau 2 tahun. Tak semua kedai atau reseller yang menawarkan plan 0% installment bagi iPhone, jadi anda kena buat research dulu sebelum beli.

Untuk retailer, kalau tak silap saya Harvey Norman antara kedai yang boleh buat 0% installment.

iphone-6s-installment-0-percent-malaysia-

Lazada menawarkan iPhone 6S dengan installment 0% selama 1 tahun. Hanya iPhone yang dijual direct oleh Lazada sahaja yang boleh dibeli menggunakan installment plan.

iphone-6s-installment-malaysia

Nota : Pembelian iPhone secara 0% installment hanya terhad kepada pemilik Maybank Credit Card VISA atau MASTERCARD.

Selain Lazada, 11street juga menawarkan iPhone secara 0% installment, juga memerlukan Maybank Credit Card. Untuk panduan membeli iPhone secara installment, klik link ini : Cara Membuat Pembelian Secara Installment di Lazada, 11street dan Gemfive

By the way, kalau pentingkan resale value, mengikut pengalaman saya iPhone Gold dan sekarang Rose Gold lebih popular dan boleh dijual balik pada nilai harga yang tinggi berbanding iPhone warna Silver atau Space Gray.


Ada sebarang pertanyaan mengenai iPhone 6S? Atau pembelian iPhone secara general? Boleh komen di bawah dan juga boleh kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.

Gambar oleh Einz



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

45 thoughts on “Tips Beli iPhone 6S Tanpa Contract atau Dengan Contract Telco

  1. Yang plan celcom tu, berapa total yang kita perlu bayar? And apa syarat syarat lain. Contohnya kena ada payslip or else. Hope you’ll rply it asap. Thank you

    • no payslip. cash or credit card. contoh beli haritu 64gb 6s rose gold, masa mula2 bayar rm2.7k untuk phone dan around rm700 untuk advanced payment yang akan rebate tiap2 bulan dalam phone bill. So total rm3.4k camtu

  2. sya nak tanye, hows like kite beli ips64gb ,then bayar upront payment, and monthly installment, so where the other device payment? bila kena bayar or tak payah byar or disekalikan dalam monthly payment. x faham 😂 please hepme

    • Beli dari telco ke dari apple authrorized reseller (switch, machine etc)?

      Installment ni formula dia macam ni, biasanya ada term 6 bulan, 12 bulan dan 24 bulan. Kalau beli dari telco, bayaran upfront tu termasuk dapat iphone dan kontrak plan, kemudian bayaran bulanan tu termasuk sekali dah harga iphone dan plan postpaid telco tu.

  3. Tolong suggest jap, nak beli 6s..tapi search kat telco, kebnyakan banyak guna kad kredit,kalau x pun..cash harga fon..kat mana lagi boleh instalment tanpa buat bayaran awal..

    • Installment generally memang kena pakai credit card. Yang tak ada bayaran awal boleh beli pakai credit card yang 0% interest.
      Kalau takde credit card tapi still nak beli pakai installment boleh check umobile micro credit

  4. Bila dah buat payment. Dia ada tak mintak macam ni “Online Banking eStatement or scanned bank statement (.jpeg or .pdf format)
    Any letter from the card issuing bank including the credit card holder’s name, billing address, and credit card number”
    Lepastu kena buat apa? Saya kurang faham

    • Buat payment dekat mana ni? maxis, celcom, digi ke umobile?

      Kalau banking statement tu boleh download dari laman banking online spt maybank2u, cimbclicks etc

  5. Salam u , nk tnya kalau kita beli gune installment di 11street. let say kne bayar 300 tiap bulan. once already make payment. kita akan dpt trus phone tu ke mcm mne ye? n adkah bulan2 dye akan tolak dri account?

  6. Salam , nak tanya haritu ada survey kat digi untuk beli ip6s 64gb . then ade sikit kekeliruan kat bayaran dye . Contoh : upfront = RM0 , Monthly = RM 48 , Device price = RM3185 , Device advance payment = RM0 , Due today =RM3233 . So kalau mcm ni , kite perlu bayar yang mana ye ?

  7. Tumpang tanya. Sebagai seorg student, boleh tau tak memana tempat yg boleh saya beli ip6 secara ansuran? Boleh balas di whatsapp yee, 0174491867

    • kalau student lagi, ada few options

      1) minta tolong family members yg ada cc tolong belikan, lepas tu bayar kat diorang bulan2
      2) atau simpan duit ntuk beli iphone 7 tu dan guna untuk study, boleh beli phone lain yang mesra dengan budget student

  8. Upfront payment tu sekali device dan kontrak postpaid kan.? Kalau bulan2 kene bayat device dan postpaid tu ke atau sekali tros. Contoh rm68 monthly device dan 90 postpaid . So kene bayar dua2 ke cemana ?

  9. salam saya ad order online dari gwa gadjet n ad pilihan sama ad cod post or walk in, boleh percaya ke/ harga mmg murah huhu

    • kalau nak cepat, beli dekat switch atau machines. iphone 7 tengah promo harga kaw2 tu.
      senheng biasanya ambil masa gak, maybe kurang seminggu atau lebih

  10. installment iphone7 plan uMobile tu berbaloi ke atau better sy beli cash utk iphone6? kalau beli cash iphone 6 still sy kena bayar plan utk internet

    • kalau ambil installment better maximum 1-2 tahun. jangan ambik installment sampai 3 tahun atau lebih. rugi in long term.
      kalau beli iphone cash tak pening2 kepala dah bayar monthly. plan internet bulanan plan yang rm50 pun okay dah

  11. Thanks bro. i was browsing the best way to get iphone. thought through telco should be better tapi nampaknya baik jangan. sebab terikat lama nau dengan telco. (tertarik dengan celcom punya plan). your explanation helped me a lot. god bless you. thanks again and selamat maju jaya!

  12. Kalau saye beli iphone 6s dengan telco, warranty stated juga dengan telco kan? Kalau phone ade problem, saye perlu ke switch atau hantar ke telco semula?

Leave a Reply