Saya nak kongsi satu tips yang sangat berguna untuk pengguna Celcom Postpaid. Walaupun ia bukan perkara baru, tapi masih ramai yang tidak pernah tahu tips mudah ini. Lagipun, jumlah pengguna Celcom Postpaid saya kira sudah bertambah agak ramai berbanding sebelum ini selepas pengenalan pakej Celcom Basic 38 beberapa bulan lepas.
Tips ini membolehkan anda jimat sedikit bayaran bulanan pelan Celcom Postpaid anda. Berapa anda dapat jimat, itu bergantung kepada usage anda juga. Baca artikel ini selengkapnya di bawah untuk dapatkan tips mudah jimat duit bayar bil Celcom ini.
1. Hentikan langganan bil melalui pos, guna Online Billing
Kalau tak silap saya, Celcom akan charge extra RM3 setiap bulan untuk penghantaran paper billing (bil kertas) menggunakan pos. Bagi saya, RM3 sebulan itu….besar nilai nya. Hentikan langganan bil melalui pos dan gunakan online billing untuk jimat RM3 setiap bulan.
Untuk gunakan online billing, masuk ke laman di bawah dan daftar dulu Step 1, 2 dan 3.
Bila dah berjaya log masuk, anda boleh lihat billing cycle, jumlah usage data, payment history, payment method dan maklumat penting yang anda boleh tahu mengenai pelan langganan Celcom Postpaid anda.
Gunakan E-Billing atau Online Billing ini, tidak lagi risau bil tertunggak sebab bil tak sampai atau lambat pos ke rumah.
2. Dapatkan rebate 5% bila guna Auto-Billing
Auto Billing merupakan kaedah pembayaran mudah menggunakan credit card atau debit card (VISA / MASTERCARD). Selain Celcom, banyak syarikat menyediakan khidmat auto billing seperti Astro, DiGi, Maxis, TM dan sebagainya. Kadar rebate atau benefit pula berbeza-beza mengikut polisi mereka.
Celcom Auto Billing membenarkan pelanggan Postpaid mendapatkan 5% rebate setiap bulan. Hanya perlu masukkan nombor credit card atau debit card untuk menggunakan auto billing. Tak ada credit card, guna CIMB KWIK debit pun boleh.
Pengiraan dia kalau tak silap, macam ini :
- Usage RM50. Tolak rebate auto billing 5% jadi RM 47.50. Tambah GST 6% jadi RM 50.35.
- Tanpa Auto Billing, Usage RM50 + GST 6% jadi RM53.
Sekali lagi, jumlah rebate yang anda dapat bergantung kepada jumlah usage yang anda patut bayar. Dan walaupun dapat rebate, jangan lupa bayar kad kredit anda nanti terlebih overdue kena caj interest pulak.
Extra Tips – ubah Credit Limit
Bagi plan Celcom Basic 38, default credit limit ialah RM100. Anda boleh ubah credit limit kepada nilai yang anda mahu (RM100 ke atas) tetapi saya nasihatkan kekal pada RM100 untuk mengelakkan bill shock dan sebagainya.
Sebarang pertanyaan boleh komen di bawah ya. Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda di facebook dan juga twitter jika ianya berguna.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Cipu
Nak tanye, time register service number tu kena isi apa?
Einz
Phone number
Vishnu
In case you boleh tolong explain. Subscribe 20/6, dah bayar deposit RM38+GST bila subsribe. Tgk bil pada cycle date 3/7 bill keluar RM67.74.
Stamp Fee – RM10.00 (One time)
Dan rasa kena tipu bila ada Monthly Charges (Hidden Charges) – ” FIRST Basic 38 Commitment Fee” – RM16.47
Boleh rujuk gambar account statement kat sini – http://tinypic.com/view.php?pic=ae8m0w&s=8#.VaSnAfmqpHw
Sekian!
Einz
Not sure bagaimana Celcom kira basic 38 commitment fee tu, tapi untuk first month bil saja. Same goes to Stamp Duty, 1 time rm10.
However, first month sepatutnya dia ambil kira advanced payment tu. Tak sepatutnya first billing cycle dah kena bayar sampai RM67.74. Kalau not sure pasal ni, kena pergi complain dekat Celcom direct biar diorang jelaskan kenapa kena bayar sampai RM67.74 tu.
ni contoh payment history saya. advanced payment 40.30 pada end of April. Start bayar bil penuh pada June 2015. May 2015 tu ada certain charges kena. Daftar selepas 3 hari celcom introduce Basic 38. Tapi not sure la Celcom ada change policy baru ke untuk new registration.
Please call them untuk clarification. Hopefully dapat membantu sedikit sebanyak.
Hafiz
Kalau kita register kat celcom portal ni, lepas tu check2 ada no lain yang kita tak kenal register atas nama ic kita. boleh report celcom tak untuk cancel kan sesiapa yang guna ic kita untuk register no dia tu? kot2 nanti kita pula yang kena blacklist sebab tak bayar bil
Einz
Haah. Better report kalau ada case macam ni. Keji betul orang yang daftar pakai ic orang lain
Hafiz
tapi, sy punya register atas plan corporate atas nama syarikat sime darby, kata orang yang daftarkan plan tu utk sy, kalau report, takut plan corporate yg sy register tu akan kena terminate dengan celcom. boleh jadi macam tu ke? terminate sbb report ada orang lain daftar atas ic sy. terima kasih admin respon.
Syita
kalau guna auto billing CC tu, maksudnya setiap kali bill cycle, celcom akan caj trus kat CC kita ke?
Einz
Yes. Nanti boleh check kat statement untuk jumlah yang dicaj
Syita
Oh, mcm sy, bill cycle saya harini. Tapi saya nak bayar tadi, bil celcom belum keluar lagi. Saya ingat nak buat auto billing dgn CC je tapi saya takut pulak nanti terlepas tarikh bayar CC tu, nanti kena interest. Kenapa ya Celcom tak keluarkan bil lagi?
kirliapop
saya tak dapat nak register atau sign up online customer service/online billing. Check bill guna hp pun tak dapat. masalah banyak betul. Sudah complain satu bulan lepas. masih kata sistem tak ok lagi. @@
Arif
Nak tanya. Bila tarikh bill cycle and tarikh quota cycle (renew data) untuk plan first basic 38. Thanks
dti
Kalau x bayar bill adkh celcom akn hntr surat amaran??
Einz
kena penalty dan subsequently kena blocked / terminate akaun @ nombor phone.kalau banyak sangat hutang, kena blacklist.
Azmi
Mcm mn nak tau ada rebate yer..tgk dlm ocs xde pun cakap psl rebate.. mcm TM dia mmg tulis rebate rm2
RAFIE TAIB
Salam nk tanya mcm mana cara nk berhenti langgan autobilling
dalila
kalau xde credit card xleh la dpt 5% tu ek?
Einz
guna debit card. boleh dapat rebate juga
Norhaizat Hazreen
Saya kne bar dgn celcom sbb saya dah sebulan xbayar bil.. Tp credit limit masih belum smpai had lg.. Boleh tlg x?
Einz
Credit limit tu maksimum akaun kita boleh reach usage (data, call,sms) so tak kena bill shock.
Bil walaupun tak sampai credit limit tapi tak bayar, memang possible untuk kena bar.
Rasanya repeated offences baru kena bar
pikachuu
Hai, im a noob yang baru guna celcom postpaid. Jadi saya agak confuse, yang mana satu is the amount yang saya kena bayar ya?
Total amount due or unbilled amount tu ape pulak ya?
A/C NO
Last pymt made :RM5.12 (03/12/16)
Overdue Chgs :RM0.00
Current Chgs :RM0.00
Total amt due :RM-62.50
Unbilled Amt :RM5.40
Credit Limit :RM500.00
Info valid as at 12/01/17 01:57PM
T & C Applies
annaazmi
hai..
pikachuu..
saya pun mengalami perkara yang sama seperti y dinyatakan.
pakai sebulan kadang smpi rm150++
padahal bukan pakai utk call pun.
pakai prepaid pun tak sampai rm50sebulan. ini sungguh menyedehkan.
Lulu
Had bil rm100. Tapi bulan neh caj rm250.. Sbb ank trslh on internet..tp plek lah .knpe lbih had plak kena caj .lepas tu x lepaz daftar .bleh share lbih detail..no hp dgn ic kena ada – ke
Bon Lam Goh
Nk tnya mcmana nk semak bayaran bil dua thun lepas. Dlm postpaid bil history cuma bleh semak 6 bln yg lepas shj.
Einz
cuba chat dengan customer service. minta rekod bil lama dan request send ke email
jane
kalau increase credit limit, ada extra charges tak?
Einz
takde