Dell U2414h

Saya mula beralih kepada monitor Dell Ultrasharp U2414h pada pertengahan 2014. Memandangkan monitor lama saya rosak saya bercadang bertukar ke monitor yang mempunyai reputasi yang bagus dan ketika itu model yang baru panas keluar di pasaran ialah Dell U2414h.  Kualiti warna pada monitor ini sangat ketara bezanya dengan monitor lama saya. Lebih cantik dan terang. Saya kini boleh menggunakan komputer dalam tempoh yang lama tanpa mata rasa letih lesu serta produktiviti kerja juga meningkat terutamanya bila saya menggunakan Photoshop atau Lightroom.

Walaupun warna monitor Dell U2414h secara out-of-box boleh dikatakan sangat baik, saya mencuba buat beberapa pengubahan untuk mendapatkan warna yang lebih terang dan tepat. Beberapa tips yang sangat ingin kongsikan di bawah ini adalah dipelajari menerusi banyak carian di Google dan bacaan di beberapa forum dan laman teknologi terkenal.

Tips Menjadikan Warna Pada Monitor PC Lebih Terang dan Tepat

Kaedah yang lebih professional ialah dengan menentukurkan (calibrate) panel monitor menggunakan alat colorimeter. Tetapi, masalah harga yang mahal menjadikan colorimeter hanya dimiliki oleh mereka yang betul-betul perlukannya sahaja. Bagi pengguna kasual, colorimeter tidak lah begitu penting tambahan lagi banyak monitor baru di pasaran kini sudah pre-calibrated.

Pilih preset SRGB

dell display manager

Kebanyakan monitor moden mempunyai preset seperti Standard, Movie, Multimedia, Game dan sebagainya. Jika monitor anda menyokong preset SRGB, saya galakkan anda menggunakan preset ini kerana ia mampu menyerlahkan color gamut yang lebih terang dan tepat. Preset Multimedia, Game pula biasanya menjadikan warna agak pelik dan kurang sesuai untuk kegunaan harian.

Preset Dell U2414h : sRGB, Brightness 100%, Contrast 75%.

Menggunakan Display Port Cable 

displayport cable

Jika kedua-dua graphic card dan monitor anda menyokong displayport, anda digalakkan untuk menggunakan kabel displayport berbanding HDMI, DVI atapun VGA. Ini kerana kabel displayport merupakan pilihan yang terbaik bagi monitor dan menyokong full color depth signal output. Secara ringkas, displayport membolehkan imej yang dan warna yang lebih berkualiti dipaparkan oleh monitor. VGA pula merupakan pilihan yang paling tidak sesuai kerana boleh merendahkan kualiti imej dan warna pada monitor.

Full RGB 0-255 Range HDMI Cable 

amd crimson full rgb

Jika anda menggunakan kabel HDMI pada monitor, lazimnya graphic card anda samada AMD Radeon atau Nvidia akan set Color Pixel Format kepada Limited RGB 16-255. Dengan menukar kepada Full RGB, monitor anda kini boleh memaparkan color range yang penuh dan mendapat warna yang lebih tepat seperti menggunakan kabel Displayport.

Kepada pengguna AMD, buka AMD Crimson > Display > Additional Settings (butang kanan, atas) > My Digital Flat Panel > Pixel Format > Full RGB. Jika mata anda peka kepada warna pasti terasa sedikit perbezaan selepas menggunakan Full RGB.

nvidia full dynamic range

Bagi pengguna graphic card Nvidia yang menggunakan kabel HDMI pada monitor, anda boleh mendapatkan Full RGB mengikut langkah berikut. Buka Nvidia Control Panel > Display > Adjust desktop color settings > Digital Colour Format (RGB) > Dynamic range > Full (0-255). Pastikan anda menggunakan driver Nvidia versi terkini. Kredit gambar kepada pengguna reddit.


Secara teori, anda bakal mendapat deeper black, whiter white dan warna yang lebih vibrant menggunakan beberapa tips di atas. Boleh kongsikan hasil pada komputer anda di ruangan komen di bawah ya. 😀

Kalau berkesempatan saya akan membuat review untuk beberapa model monitor yang ada dalam rumah saya. Jika anda ingin membeli monitor boleh nantikan artikel akan datang daripada saya untuk membantu anda membuat lebih pilihan. 🙂

Sumber : PCMonitors.info

568 total views, 1 views today



RELATED POSTS