Tonton Anime One Piece, Baca Manga One Piece 100% Legal di Malaysia – Ini Caranya !

stream anime one piece malaysia

Akhirnya setelah 23 tahun, siri manga popular One Piece akhirnya berjaya cecah ke chapter ke-1000 yang penuh momen epik. Lebih seminggu saya elak daripada masuk subreddit dan discord One Piece untuk elak spoiler. Serius One Piece chapter 1000 hype AF, bak kata generasi sekarang. Saya amat berterima kasih kepada pihak Comics House yang memperkenalkan manga Budak Getah kepada saya belasan tahun lepas. Kalau tak silap, kali pertama saya tertarik dengan manga One Piece ialah bila tertengok iklan di TV oleh Comics House. Dan selepas itu, puluhan volume Budak Getah saya kumpul, setiap minggu tak terlepas baca scanlations dan tonton anime One Piece bila ada kesempatan.

Selepas Comics House tidak lagi menjual manga One Piece, pilihan untuk baca manga atau tonton anime One Piece secara legal di Malaysia agak terhad. Ya, Kinokuniya ada menjual manga One Piece versi tankoubon secara online, tetapi dengan harga yang agak mahal untuk setiap volume dan perlu menunggu lama untuk tiba di Malaysia. Untuk menonton anime One Piece pula, terpaksa guna VPN, melainkan stream secara di laman lanun anime.

Mujurlah kini ada cara untuk baca manga One Piece dan tonton anime One Piece secara legal setiap minggu. Sedikit sebanyak, boleh menyumbang balik kepada pencipta asal yang telah bekerja keras selama 23 tahun untuk menvisualisasikan imaginasi dan fantasi tahap tertinggi kepada peminat One Piece seluruh dunia.

Tonton Anime One Piece di IQIYI – English / Malay Subtitle

iqiyi one piece subtitle malaysia

iQIYI ialah servis streaming seumpama Netflix daripada China, cuma kandungan utama iQIYI ialah content daripada Asia seperti K-drama, C-drama, drama Melayu dan anime. Boleh stream content iQIYI di PC, laptop, smartphone, ipad, smart TV. Dalam banyak-banyak pesaing Netflix di Malaysia, iQIYI adalah servis streaming yang paling cepat berkembang dari segi jumlah kandungan dan jumlah pengguna kerana iQIYI agresif dalam menambah content2 popular dan tengah trending.

Siri-siri popular anime seperti One Piece, Attack on Titan, Jujutsu Kaisen, Haikyu boleh ditonton secara percuma di iQIYI. 

BACA :  BoBoiBoy Movie 2 Kini di Netflix - Tonton atau Download Dalam Kualiti HD 1080p

Tonton Anime One Piece, Baca Manga One Piece 100% Legal di Malaysia - Ini Caranya ! one piece anime iqiyi malaysia

Menarik di iQIYI ialah anime One Piece episod terbaru keluar setiap minggu, pada hari yang sama di Jepun/US/Europe dan ada subtitle English, Malay dan banyak lagi pilihan bahasa. Boleh pilih nak stream dalam 360p, 720p atau 1080p untuk VIP user. Boleh klik butang di bawah untuk sign up iQIYI new user – free 5 days VIP, 1080p quality, tiada iklan.

Baca Manga One Piece di Mangaplus – Chapter Baru Setiap Minggu Secara Percuma

 read one piece manga malaysia mangaplus

⠀⠀⠀

Mangaplus merupakan servis digital yang dikendalikan sendiri oleh pihak Shueisha / Weekly Shonen Jump di Jepun di mana peminat One Piece dan manga WSJ lain seperti BnHA, Jujutsu Kaisen boleh membaca manga baru setiap minggu secara percuma. 

Download app Mangaplus di iOS dan Android untuk baca One Piece secara sah. 

—————————————–

Terima kasih kepada peminat One Piece yang follow dari awal sampai ke chapter 1000. 23 tahun satu tempoh yang sangat panjang dan lama, di harapkan semua peminat One Piece kekal menyokong Oda sehingga ke chapter akhir One Piece. 



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕






mi-band-5-malaysia

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


unifi-ia

DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM


iphone se 2020 malaysia price

🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply