- 3.2Kviews
- 7
Cara tonton Disney Plus Hotstar Malaysia di tv atau skrin yang lebih besar untuk hiburan maksima seisi keluarga. Disney+ Hostar (Astro Disney Plus Hotstar Malaysia) akhirnya dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 1 Jun 2021. Ramai peminat siri Disney, Pixar, Marvel amat menanti-nantikan Disney+ di Malaysia sehinggakan trafik sesak dan pengaktifan akaun Disney Plus Hostar melalui Astro terganggu pada hari pertama pelancaran.
Baca artikel versi English di How to Watch Disney Plus Hotstar Malaysia On TV (Android TV, Apple TV, Smart TV, Chromecast).
Cara Tonton Disney Plus Hotstar Malaysia di TV
Harga langganan Disney+ Hotstar untuk pengguna di Malaysia ialah RM54.90 untuk 3 bulan. Buat masa sekarang, langganan secara bulanan atau tahunan masih tiada.
Manakala, jika anda pelanggan Astro Movie Pack, anda akan dapat mengakses Disney+ Hotstar hanya dengan penambahan RM5 pada bil bulanan Astro. Aktifkan akaun Astro Disney+ Hotstar di https://shop.astro.com.my/apps/disney
Untuk menonton di iPhone, iPad atau Android, hanya perlu install app Disney+ Hotstar. Manakala menerusi web pula, anda boleh tonton menggunakan browser seperti Chrome.
Bagaimana pula cara tonton Disney Plus Hostar Malaysia di TV?
Setakat ini, aplikasi Disney+ Hotstar hanya ada di Apple TV, Android TV, Samsung Tizen Smart TV dan LG WebOS Smart TV.
Tapi setakat ini, Samsung Smart TV Malaysia dan LG Smart TV Malaysia masih tidak menyokong aplikasi Disney+. Bagi pengguna Sony Playstation 4 dan Playstation 5, Disney+ juga masih belum boleh diakses. Jadi pilihan anda untuk menonton Disney Plus Hotstar di TV hanya ada 2.
Tonton Disney Plus Hotstar Malaysia di Android TV
Untuk menonton Disney+ Hotstar di Android TV, hanya perlu buka Play Store dan install aplikasi Disney+ Hotstar. Jika anda TV anda tidak menyokong sistem Android TV, anda boleh beli 2 peranti Xiaomi berikut.
🛒 Xiaomi TV Stick (official certified Android TV) – RM145
🛒 Xiaomi Mi Box S 4K (official certified Android TV) – RM250
Saya sendiri menggunakan Xiaomi TV Stick RM145 (rujuk gambar di atas) untuk mengakses Disney+ Hotstar, selain akses kepada iQiyi App untuk tonton drama dan anime serta Firefox TV untuk mengakses content streaming di web.
Anda boleh tonton di Android TV menggunakan 2 cara – iaitu install app Disney+ Hotstar melalui Play Store (gambar di atas) atau secara chromecast. Mudah dan murah. Tak perlu beli Smart TV baru, cucuk Xiaomi TV Stick di TV lama auto jadi TV pintar untuk streaming content.
Bagi pengguna ekosistem apple pula, anda perlu menggunakan peranti Apple TV 1080p atau Apple TV 4K untuk menonton Disney+ Hotstar di TV.
Untuk pengguna iPhone atau iPad, anda boleh menggunakan Airplay dari app Disney+ atau Chromecast.
Baca artikel versi English di How to Watch Disney Plus Hotstar Malaysia On TV (Android TV, Apple TV, Smart TV, Chromecast).
Selamat mencuba!
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 3.2Kviews
- 7