Tonton Drama Takdir Yang Tertulis (TV3 2021) – Bila Cinta dan Kasih Dikhianati Suami dan Kawan Baik Sendiri

 

tonton drama takdir yang tertulis nad zainal nazim othman elvina alving chong

Baru saja masuk bulan kedua tahun 2021, tapi dah ada drama Melayu yang disebut-sebut ramai sebagai drama of the year 2021. Tonton drama Takdir Yang Tertulis, drama lakonan Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Alving Chong, Didie Alias. Drama Takdir Yang Tertulis ini, hampir setiap hari akan jadi trending bila episod baru ditayangkan. Watak utamanya pula, dibenci dikecam dimaki netizen yang terlalu beremosi dan terbawa-bawa ke realiti. 

Tema utama drama Takdir Yang Tertulis ini mengenai pengkhianatan suami, kawan baik sendiri tikam belakang, campur tangan mentua, perebutan harta dan anak. Tambah lagi pula ada peguam yang campur tangan yang rupanya peguam tu sendiri pun ada masa silam yang pahit dengan watak utama drama ini.

Bunyi macam tipikal drama Melayu tapi ada kelainan sikit sebab banyak plot twist dalam hampir setiap episod. Emosi yang dimainkan oleh pelakon tu sampai tepat-tepat kepada penonton. Tak hairanlah bila ada peminat fanatik drama ini yang mengatakan drama Takdir Yang Tertulis ini saing saing kepada drama Korea popular “World of the Married”. Kualiti produksi drama ini juga sangat bagus, setiap shot pun sangat teliti terutama dalam scene flashback ketika zaman kolej. Kalau tengok dalam kualiti Full HD memang nampak kualiti macam drama level international. Syabas kepada pengarah drama ini iaitu Shahrulezad Mohameddin atau lebih popular dikenali sebagai budakijat.

Drama Takdir Yang Tertulis Lakonan Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina Mohamad, Alvin Chong

Tonton Drama Takdir Yang Tertulis TV3 Iflix

Sinopsis drama Takdir Yang Tertulis;

Juweta dan Azlan merupakan sepasang suami isteri yang sentiasa mempunyai masalah rumah tangga. Azlan (Nazim Othman) merupakan Ketua Pegawai Operasi (COO), manakala Juweta (Nad Zainal) adalah seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat milik keluarganya. Juweta dan Azlan ini kerja sekali tempat sama, cuma Juweta tu pangkat boss kepada Azlan. Juweta ni pula memang menjadi betul watak boss dari neraka.

No wonder belakang dia semua pekerja sakan bergosip dan mengata. Kadang kala ketegangan antara Juweta dan Azlan turut dirasai di tempat kerja terutamanya ketika Azlan telah membentangkan idea dalam satu mesyuarat lembaga pengarah tanpa persetujuan Juweta. Lalu berlaku satu pertengkaran besar di pejabat mereka. Peristiwa yang amat memalukan Azlan itu telah diadukan kepada rakan baik mereka, yang juga pembantu peribadi Juweta, Ruhila (Elvina Mohamed). Pendek kata drama ini tiada watak yang betul-betul baik, semua orang ada darkside mereka sendiri. 

Dengarnya watak Juweta sepatutnya dilakonkan orang lain, tapi hujung hujung dapat kat Nad Zainal. Memang pilihan tepat sebab lakonan Nad Zainal sebagai boss dari neraka dan bini orang yang tersakiti suami dan ditikam bff sendiri memang menjadi sangat. 🔥

Good job Nad Zainal, Nazim Othman, Elvina, Alvin Chong - Tonton Drama Black Takdir Yang Tertulis
BACA :  Mob Psycho 100 - Anime Comedy Shounen Daripada Pencipta Asal One Punch Man
Click to Tweet

Tonton Drama Takdir Yang Tertulis di IFLIX (Episod 1 – 15)

tonton drama takdir yang tertulis tv3 samarinda

Drama Takdir Yang Tertulis ini ditayangkan di TV3 slot Samarinda. Bagi anda semua yang tak tonton TV dan prefer stream, boleh tonton Drama Takdir Yang Tertulis di Iflix dalam kualiti yang lebih tinggi.

Total episode drama Takdir Yang Tertulis ini ada 15 episod — setakat artikel ini ditulis episod 7 telah ditayangkan. Pengalaman sendiri menonton drama ini memang tiap-tiap episod akan membuatkan emosi terganggu dan sukar menahan makian dan hamun dari terkeluar.

download drama takdir yang tertulis

Boleh tonton drama Takdir Yang Tertulis di Iflix app atau Iflix web. Kelebihan tengok di Iflix ini anda dapat kualiti video HD, akses semua episod penuh, bebas iklan dan offline download untuk tonton tanpa Data atau Wifi. 

⠀⠀⠀

📺 Tonton Drama Takdir Yang Tertulis Episode 1 (Iflix)
📺 Tonton Drama Takdir Yang Tertulis Episode 2 (Iflix)
📺 Tonton Drama Takdir Yang Tertulis Episode 3 (Iflix)
📺 Tonton Drama Takdir Yang Tertulis Episode 4  (Iflix)
📺 Tonton Drama Takdir Yang Tertulis Episode 5 (Iflix)
📺 Tonton Drama Takdir Yang Tertulis Episode 6 (Iflix)
📺 Tonton Drama Takdir Yang Tertulis Episode 7 (Iflix)
📺 Tonton Drama Takdir Yang Tertulis Episode 8 (Iflix)

Selepas semua episod complete, saya akan sertakan link untuk menonton ke semua episod secara penuh.

Shahrulezad (budakijat) memang pengarah yang karyanya sentiasa hits dan letup. Antaranya drama Nur lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli, Nur 2, Adellea Sofea lakonan Mira Filzah dan terbaru Takdir Yang Tertulis lakonan hebat Nad Zainal.

Kebanyakan drama arahan budakijat ini menampilkan tema-tema yang rapat dengan masyarakat kita. Kalau dulu Nur pasal penunggang agama, drama Takdir Yang Tertulis ini pula mengenai suami khianat isteri dan kawan makan kawan, atau best friend sendiri yang tikam belakang.

OST drama ini dicipta oleh Amylea dan Farouk Roman. Mungkin ini kerjasama terakhir kerana dua-dua bakat besar ini mungkin bertukar haluan. Sayangnya kerana banyak lagu Amylea dan Farouk Roman betul-betul sedap dan meresap ke jiwa walaupun juri Muzik-Muzik menafikan karya-karya mereka maju ke AJL.

Lagu OST drama Takdir Yang Tertulis. 

  • Amylea – Kendati
  • Jaz, Kaka Azraff – Karma
  • Vanessa Renault – Putus
  • Aisha Retno – Cinta Denganmu


🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕






mi-band-5-malaysia

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


unifi-ia

DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM


iphone se 2020 malaysia price

🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply