transfer gambar wifi photo companion app



Sekarang banyak sangat cara untuk kongsi gambar dari iPhone atau Android ke komputer. Ada yang guna Google Drive/Photos, Microsoft OneDrive, Dropbox, Telegram dan sebagainya dan ada juga yang masih menggunakan cara ‘old skool’ iaitu dengan menghantar email ke diri sendiri dan ada juga yang masih copy gambar menggunakan kabel USB.

Jadi hari ini saya nak kongsi satu cara yang cukup mudah dan cepat iaitu menggunakan Photos Companion App daripada Microsoft.

Transfer Gambar Guna Wifi Dari Phone ke Windows 10 PC Dengan Mudah (Photo Companion App iPhone/Android)

Pertama sekali, pastikan phone dan komputer (Windows 10) disambung kepada Wifi Network yang sama.

Download Photos Companion untuk iPhone atau Android.

Photos Companion App iOS

Photos Companion App Android

Kemudian di komputer Windows 10, buka app Photos > klik Settings. Lihat ke bahagian Preview dan ON pada mobile import over Wi-Fi.

photo companion app

Pada butang Import > pilih Import from mobile over Wi-Fi.

Lancarkan aplikasi Photos Companion App dan imbas QR Code untuk mulakan transfer gambar menggunakan Wifi. Gambar yang dihantar ini adalah secara uncompressed dan tidak akan menjejaskan kualiti.

Buat masa sekarang, cara ini hanya boleh import gambar dari iPhone, Android ke PC sahaja tapi tidak menyokong transfer dari PC ke iPhone/Android. Mungkin akan ditambah dalam versi akan datang.

Mudah sahaja kan? Tidak perlu lagi guna kabel USB atau send email ke diri sendiri. Kongsi artikel ini sekiranya berguna.



RELATED POSTS