Travel dengan Tenang dan Cepat dari KL ke Airport dengan KLIA Express

tiket klia express murah traveloka

Bercuti memang seronok, lebih-lebih lagi travel naik flight je tak kira la keluar negara atau ke pulau-pulau terkenal dalam Malaysia atau pun ke Borneo. Tak perlu risau penat drive jauh berjam-jam nak sampai ke destinasi sebab naik flight mudah dan cepat.

KLIA Express – KL Sentral ↔ Airport

Cuma satu je problem setiap kali nak travel – iaitu transport dari KL ke KLIA. Kalau drive sendiri, kalau nasib baik sejam dah sampai. Kalau kebetulan hari traffic jam teruk, hujan lagi, dah bazir masa, bazir minyak dan penat tubuh badan lagi. Nak kena cari parking pula dekat KLIA untuk tinggal kereta dalam tempoh kita bercuti tu. Nak mintak tolong ahli keluarga atau kawan-kawan, mereka pun ada komitmen sendiri, kalau boleh kita nak lah bercuti dengan aman tanpa menyusahkan sesiapa kan? E-hailing atau bas? Pun tidak boleh menyelesaikan masalah di atas iaitu traffic jam. Jadi nak naik apa ya?

Ada satu lagi alternatif yang tak melibatkan naik kereta iaitu KLIA Express. Jom baca artikel ini sepenuhnya untuk ketahui apa kelebihan dan juga kekurangan naik KLIA Express untuk travel.

Kelebihan naik KLIA Express

Kelebihan naik KLIA Express paling utama sebenarnya ialah masa perjalanan yang singkat berbanding pengangkutan jenis lain. Kalau naik di KL Sentral, hanya ~28 minit masa yang diperlukan untuk sampai ke airport. Begitu juga tempoh perjalanan dari Airport ke KL Sentral. Boleh tahan laju la sebab train ni bukan jenis banyak stop, dia kira terus jalan sampai la ke Airport  ↔ KL Sentral.

Satu kelebihan lagi ialah convenient – hanya boarding train di KL Sentral tanpa perlu lagi fikir nak parking kereta kat mana, bayar tol lagi, isi minyak dan banyak lagi hal lain yang menyerabutkan kepala – ye la kita nak pergi bercuti, kalau awal-awal lagi dah semak kepala boleh kacau mood travel kan.

Seperkara lagi yang ramai mesti nak tahu ialah harga – ramai orang ada persepsi naik KLIA Express ni mahal dan bazir duit – tapi sebenarnya ada cara untuk dapat tiket KLIA Express yang lagi murah dari harga yang jual dekat kaunter tu. Ni saya nak cerita lagi.

BACA :  Laptop Terbaik Untuk Pelajar Universiti 2019 di Malaysia - Harga RM2000 - RM3000

 


Harga tiket KLIA Express

Harga tiket KLIA Express biasanya RM55 sehala. Namun begitu kita boleh dapat cheap KLIA Express tickets ni melalui Traveloka dalam RM48 je untuk sehala. Boleh jimat RM7 dah kat situ daripada harga biasa. Kalau nasib anda baik ketika booking tu, Traveloka buat pula promo discount. Kadang-kadang sampai 10% diskaun anda dapat. End up, final price untuk tiket KLIA Express anda boleh dapat pada harga RM42 sehala. Dah kira banyak tu penjimatan RM13 berbanding harga di kaunter. RM13 yang anda jimat tu lepas dah buat beli makanan or apa-apa sebelum travel.

Kalau anda travel dalam group kecil (lebih kurang 2-4 orang), saya rasa berbaloi pakai cara ni. Tapi kalau anda travel dalam group yang besar, mungkin boleh consider option lain seperti bas atau airport limo. Kalau anda book airport limo online boleh dapat range RM70-RM200 untuk sehala bergantung jenis kereta dan jarak lah. Kalau travel 6 orang, dengan harga RM200 kos untuk seorang baru dalam RM33. Cuma point kat atas tu still valid, kalau traffic clear, smooth memang berbaloi lah. Sebaliknya, train masih alternatif yang cepat dan convenient.

 

Kekurangan Menggunakan KLIA Express

Kekurangan pertama ialah harga mahal kalau anda travel dalam group yang ramai, sebab kena beli tiket individu. Cuma kalau family tu ada pakej family members untuk yang bawa anak. 

Kekurangan kedua ialah kekangan masa kerana waktu operasi KLIA Express ialah 5 pagi hingga 12 tengah malam. Katakan flight anda tiba di airport jam satu pagi, anda terpaksa lepak tunggu di airport pula untuk waktu operasi train KLIA Express yang seterusnya. Jadi rancang jadual dan waktu anda pergi – pulang sebaiknya sekiranya anda mahu memanfaatkan travel menggunakan KLIA Express.


 

Kelebihan Kekurangan
Murah dan convenient untuk kumpulan yang kecilHarga TiketAda yang lebih murah 
-Bas untuk kumpulan kecil
-Airport limo untuk kumpulan yang lebih 4 orang

CepatMasa PerjalananAda limit masa operasi

Rasanya dah cukup detail saya cerita mengenai kelebihan, harga tiket dan kekurangan menggunakan perkhidmatan KLIA Express untuk bergerak dari KL Sentral ↔ Airport. Macam biasa, boleh tinggalkan komen di bawah sekiranya anda ada pertanyaan.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply