T-Shirt Uniqlo X One Piece Stampede Kini Dijual

uniqlo one piece stampede

Kalau buka Youtube, buka social media mesti ada ternampak peminat One Piece yang teruja gila, tak sabar nak tonton filem One Piece Stampede. One Piece Stampede merupakan filem animasi khas bagi menyambut ulang tahun ke-20 anime One Piece mula bersiaran. Sebab ini lah banyak promosi berkenaan Stampede mula dijalankan sebelum tayangan secara rasmi pada 19 September 2019 ini.

Uniqlo sebelum ini telah beberapa kali mengeluarkan tshirt rekaan One Piece dan kali ini pula Uniqlo menghasilkan t-shirt khas bagi One Piece Stampede.

T-Shirt Uniqlo X One Piece Stampede Kini Dijual

uniqlo x one piece stampede

Terdapat 6 rekaan khas t-shirt Uniqlo X One Piece Stampede dan harga bagi setiap satu ialah RM39.90. Pada masa sama, Uniqlo masih turut menjual baju koleksi One Piece yang lain termasuk untuk kanak-kanak.

Uniqlo X One Piece Stampede

 

 


Tahukah anda, rekaan baju yang dipakai dalam filem One Piece Stampede sebenarnya merupakan hasil kolaborasi animator One Piece dengan pihak Uniqlo. Lihat lah gaya Straw Hat Pirates dalam baju stail Uniqlo.

trafalgar law one piece stampede

Tarikh tayangan One Piece Stampede di GSC Malaysia ialah 19 September 2019, jom ramai-ramai pergi GSC dengan pakai baju t-shirt Stampede atau mana-mana baju tema One Piece.

one piece 895 stampede preview

Oh ya, tonton juga anime One Piece 895 untuk episod awal yang berkaitan dengan movie Stampede.

Kongsikan artikel ini dengan rakan-anda yang memang minat gila pasal One Piece !



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply