iphone 6

Pada minggu lepas, saya telah menghantar iPhone 6S ke Switch bagi menukar bateri yang bermasalah kepada bateri baru. Saya juga ingin mengembalikan kembali kelajuan asal iPhone 6S yang telah mengalami masalah perlahan dan lag selepas kemaskini terbaru iOS. Ini adalah perbandingan sebelum dan selepas penukaran bateri baru untuk iPhone 6S.

Perbandingan Sebelum dan Selepas Menukar Bateri iPhone Di Apple Authorized Service Center

iphone 6s battery replacement malaysia

Ini adalah status bateri iPhone 6S sebelum ditukar – saya menggunakan app coconutBattery untuk Mac. Alternatif bagi coconutBattery ialah app Battery Life di App Store.

coconutBattery Download (Mac)

Battery Life (App Store)

Beberapa laporan mengatakan bahawa iPhone akan mengalami penurunan prestasi yang sekiranya Full Charge Capacity bateri kurang di bawah 80% design capacity. Menggunakan coconutBattery, saya lihat kapasiti bateri yang ada iPhone 6S hanya tinggal 67% daripada kapasiti asal Р1042 mAh berbanding 1715 mAh kapasiti penuh bateri iPhone 6S. iPhone 6S ini baru berusia 2 tahun tetapi bateri kapasiti sudah di tahap yang boleh dikatakan parah dan memang perlu sangat untuk tukar.

iphone 6s slow down fix

Menggunakan app CPU Dasher X, saya lihat CPU Frequency bagi iPhone 6S ini ialah 911 Mhz. Kelajuan penuh processor iPhone 6S ialah 1.84 Ghz. Patut lah iPhone rasa perlahan dan lag, kerana kelajuan processor telah diturunkan kepada separuh berbanding yang asal.

CPU Dasher X – App Store

Lirum Device Info Lite – App Store

Alternatif bagi CPU Dasher X ialah Lirum Device Info Lite, periksa clock speed di CPU > CPU Actual Clock dan banding dengan CPU Maximum Clock.

tukar bateri iphone rm129

Penukaran bateri iPhone di Apple Authorized Service Center mengambil masa 7-10 hari untuk siap.

iphone 6s battery life app

Kapasiti bateri kini 100% – 1715 mAh.

iphone 6s cpu clock speed

Saya buka semula app CPU Dasher X, dan clock speed processor telah kembali kepada 1.8 Ghz berbanding 911 MHz sebelum penukaran bateri.

Prestasi iPhone 6S dengan bateri baru ini terasa lebih laju dan lancar dan tidak lagi rasa berat dan lag ketika menggunakan app, melancarkan kamera dan sebagainya. Perbandingan sebelum dan selepas penukaran bateri ini membuktikan bahawa sekiranya status bateri sudah di bawah 80% daripada asal, memang perlu untuk tukar bateri baru kerana jika tidak, anda terpaksa hidup dengan iPhone yang mempunyai performance yang mengecewakan.

Anda boleh menukar bateri iPhone 6, 6S, SE dan ke atas pada harga RM129 di Apple Authorized Service Center walaupun iPhone tersebut telah tamat warranty. Bagi saya, harga RM129 adalah berbaloi untuk bateri original termasuk sekali caj pemasangan. Cuma terpaksa serahkan iPhone untuk 7-10 hari dan kena buat full backup dulu sebelum hantar ke Apple Service Center.

Tukar Bateri iPhone Pada Harga RM129 di Apple Authorized Service Center

Kongsikan artikel ini sekiranya membantu bagi anda dan rakan-rakan !

Gambar cover : Kredit Picjumbo



RELATED POSTS