tukar bateri iphone rm129

Lanjutan daripada isu kontroversi Apple sengaja memperlahankan prestasi iPhone lama, Apple telah pun mengeluarkan kenyataan memohon maaf dan sekaligus melancarkan program menukar battery iPhone di seluruh dunia bagi mendapatkan kembali prestasi sebenar hardware iPhone.

Pengguna iPhone di seluruh Malaysia bermula 3 Januari 2018 boleh menghantar iPhone ke Apple Authorized Service Center menerusi kedai-kedai seperti Switch, Machines dan sebagainya. Kos bagi penggantian battery iPhone adalah bermula RM129 untuk model-model terpilih termasuk iPhone yang telah tamat warranty dan harga ini kekal sehingga Disember 2018. Bagi iPhone yang masih dalam warranty tetapi mengalami masalah bateri, kos penggantian adalah percuma.

Jom Tukar Bateri iPhone Di Apple Authorized Service Center – Hanya RM129 (Termasuk iPhone Yang Telah Tamat Warranty)

Senarai harga alat ganti original Apple

harga battery original iphone malaysia

Klik untuk saiz besar (Sumber : Switch)

Butiran penting mengenai program penukaran bateri iPhone di Apple Authorized Service Center.

  • Harga RM129 termasuk GST dan caj pemasangan khas untuk model iPhone 6/6 Plus, 6s/6s Plus, 7/7 Plus.
  • Program penukaran bateri iPhone ini juga terbuka kepada model iPhone yang telah tamat warranty
  • Anda boleh ke Apple Reseller seperti Switch, Machines dan sebagainya untuk membuat penukaran battery iPhone ini
  • Masa yang diperlukan untuk penukaran bateri ialah dalam tempoh 7 hari bekerja
  • Pastikan anda ada backup phone kerana penukaran bateri bukan dibuat on the spot tetapi perlu diserahkan kepada Apple Authorized Center
  • Anda diperlukan untuk backup semua files, gambar, video, apps menggunakan iTunes sebelum menghantar ke Apple Authorized Center
  • Anda diperlukan untuk sign out Apple Id, matikan Find My iPhone, dan delete segala data pada iPhone sebelum menyerahkan iPhone untuk ditukar bateri
  • Anda juga perlu tanggalkan tempered glass, screen protector, casing atau segala aksesori pada iPhone sebelum menghantar ke Apple Authorized Center

Orang Kota Bharu boleh hantar ke Switch KBTC ya !

Kongsikan artikel ini kepada rakan-rakan pengguna iPhone.



RELATED POSTS