GX30 adalah salah satu pelan internet yang ditawarkan oleh Umobile bermula hujung bulan Jun untuk pengguna Prepaid Plan Unlimited Power Umobile. Dengan hanya RM30 sebulan, mana-mana pengguna pelan prabayar Umobile dapat menggunakan pelan GX30. Seperti yang dinyatakan, pelan ini tidak mempunyai apa- apa had kuota untuk penggunaaan internet. Penggunaan internet tanpa had kuota juga tidak terhad dalam satu-satu tempoh serta tidak terhad untuk sesetengah aplikasi atau laman web sahaja.
Umobile GX30 Review – Pelan Internet Unlimited Paling Murah daripada Umobile
Kelajuan Internet
Kelajuan internet untuk pelan ini cuma dihadkan kepada 3 Mbps (375 kB/s) walaupun mempunyai sambung LTE/4G. Secara teorinya, anda memerlukan masa selama 4 minit 27 saat untuk download file sebesar 100MB.
Walaupun dengan kelajuan internet 3Mbps, saya dapat meggunakan aplikasi social media seperti Instagram, Facebook, Twitter dan Twitter tanpa sebarang masalah kecuali gambar dalam Instagram yang memerlukan beberapa saat untuk loading semua gambar. Video di Youtube juga dapat distream dengan lancar untuk resolusi 480p dan ke bawah. Bagi saya, kualiti video 480p dah dikira okay untuk ditengok di skrin telefon pintar. Selain itu, lagu yang distream di aplikasi Spotify juga tidak tersekat. Kebanyakan laman web dapat dilayari dalam tempoh beberapa saat sahaja. Saya juga dapat bermain permainan online seperti Mobile Legends dan PUBG tanpa menghadapi sebarang masalah. Oleh itu, pelan ini amat berbaloi untuk pengguna telefon pintar yang kasual terutamanya golongan remaja.
Booster
Jika speed 3Mbps dilihat sangat perlahan untuk urusan kerja, Umobile juga menawarkan Turbo Booster untuk meningkatkan kelajuan internet kepada maksimum untuk tempoh satu hari dengan bayaran RM5.
Hotspot
Untuk hotspot pula, Umobile menyediakan kuota sebanyak 3GB untuk satu tempoh langganan. Jika tidak cukup, anda boleh menambah kuota 3GB dengan bayaran RM3 untuk kegunaan 3 hari.
Panggilan & SMS
Kadar untuk setiap panggilan pula adalah 13sen/30 saat dan untuk sms adalah 12sen/sms.
Periksa Kawasan Coverage Talian Umobile
Umobile terkenal dengan syarikat telco yang mempunyai kawasan coverage talian yang teruk berbanding telco – telco lain. Disebabkan itu, pastikan anda memeriksa terlebih dahulu sama ada kawasan anda mempunyai talian 4G/LTE Umobile atau tidak.
GX50
Selain pelan GX30, Umobile juga menawarkan pelan postpaid GX50 yang mana pengguna akan mendapat internet tanpa had dengan kelajuan 5Mbps (625kB/s), kuota hotspot 5GB serta panggilan tanpa had dengan bayaran bil bulanan RM50.
Akhir Kata
Saya sebagai seorang pelajar universiti yang tinggal di rumah sewa yang tiada Wifi telah menggunakan pelan ini untuk kegunaan harian. Dengan pelan ini saya dapat melayari sosial media, stream video youtube dan anime serta membaca manga dan mencari informasi berkenaan topik yang saya belajar dengan lancar.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
Muhd khairul
Menyesal guna umobile.. Internet macam siput babi🖕