umobile p78 unlimited data

Dua bulan lepas, Digi membuat kejutan dengan penawaran pelan pascabayar unlimited data Digi Infinite 85 dan Digi Infinite 150. Pelan Digi infinite mendapat sambutan yang agak bagus kerana rakyat Malaysia cukup suka dengan benda-benda “unlimited” ditambah pula dengan harga yang lebih murah berbanding pesaing.

Kini Umobile pula tampil dengan pelan unlimited data terbaru iaitu Umobile P78 Unlimited Hero dengan kadar langganan hanya RM78 sebulan. Pelan ini menjadikan tawaran Umobile ini sebagai pelan unlimited data termurah di Malaysia (setakat tarikh artikel ini ditulis) dengan pesaing terdekat ialah Webe (RM79 sebulan) dan Digi (RM85 sebulan). Jika anda berminat untuk mendapatkan pelan Umobile Unlimited Data P78  ini, saya sertakan butiran penting di bawah.

Umobile Unlimited Data P78 Plan

umobile unlimited hero postpaid p78

Umobile Unlimited Data P78

  • Bayaran bulanan : RM78 (tidak termasuk GST)
  • Kontrak : Tiada
  • Kuota : Unlimited Data
  • Kelajuan : 5Mbps
  • Hotspot : 10GB sebulan pada kelajuan 5Mbps
  • Panggilan : Unlimited call ke semua network
  • Video streaming : Unlimited VideoOnz streaming (SD Quality : 480p)
  • SMS : 3sen/SMS (Umobile) atau 8sen/SMS ke telco lain
  • P2P/Torrent : Download speed dihadkan kepada 64kbps

Pelan ini mungkin sesuai jika anda tinggal di kawasan yang mempunyai capaian Umobile yang bagus dan tidak terkesan dengan kelajuan data internet 5Mbps.

Apa pendapat anda mengenai pelan Umobile Unlimited Data P78?

Sumber : Umobile Unlimited Data P78



RELATED POSTS