Berita baik untuk pelanggan baru TM Unifi kerana Unifi 100Mbps kini hanya RM129 sebulan ! Penurunan harga sebanyak RM200 daripada harga asal Unifi 100 Mbps iaitu RM329 sebulan.
TM Melancarkan Pakej Unifi 100Mbps Pada Harga RM129 Sebulan
Ini apa yang anda dapat dengan melanggan Unifi 100Mbps;
- Unlimited quota
- Download speed sehingga 100Mbps
- Upload speed sehingga 50Mbps
- Unifi TV Pack
- Unifi Play TV
- 1 x Wireless Router
Harga yang ditawarkan TM ini adalah kompetitif dengan pelan 100Mbps Maxis Fibre dan TIME Broadband. Kemungkinan besar TIME juga akan menurunkan harga pelan 100Mbps mereka selepas Maxis dan TM.
Plan | Download Speed | Upload Speed | Harga |
Unifi 100 Mbps | 100Mbps | 50Mbps | RM129 |
Maxis Fibre 100Mbps | 100Mbps | 50Mbps | RM129 |
Time Fibre 100Mbps | 100Mbps | 50Mbps | RM149 |
Masih belum jelas adakah TM akan menurunkan harga bagi pelanggan Unifi 100Mbps yang membayar RM329 sebulan atau menaik-taraf pelan mereka kepada 500Mbps atau 800Mbps. Saya boleh jangkakan ramai pelanggan pelan RM329 tidak puas hati jika mereka tidak mendapat naik taraf kelajuan internet.
Pada masa pelanggan baru Unifi 100 Mbps bergembira dengan penurunan harga, di website yang sama TM masih mengiklankan pelan Streamyx pada harga zaman purba. Masih ramai lagi yang melanggan Streamyx 1Mbps pada RM110 dan Streamyx 2Mbps pada harga RM130 sebulan. Adakah ini adil?
Apa pendapat anda dengan pelan baru Unifi 100Mbps?
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥