- 16.9Kviews
- 7
Beberapa bulan lepas, saya ada berkongsi mengenai pelancaran Unifi Air sebagai alternatif bagi pelanggan Streamyx. Saya juga turut berkongsi mengenai penawaran harga Unifi Air pada harga RM79 untuk semua pengguna untuk tempoh terhad. Banyak juga pertanyaan yang saya dapat mengenai Unifi Air, antaranya mengenai kelajuan internet, keluasan capaian, modem atau router yang sesuai dan banyak lagi.
Ok, fast forward 2 bulan kemudian, saya kini telah melanggan sendiri plan Unifi Air RM79 sebulan, bersama LTE modem router Huawei B618s-65d dan kontrak selama 24 bulan.
Anda boleh guna capaian TOC di bawah untuk skip terus ke bahagian yang penting artikel Unifi Air Review. Jika anda berminat untuk baca artikel ini versi English boleh klik : Unifi Air Review – Cheapest Wireless Broadband with Unlimited Data in Malaysia
Unifi Air Review – Plan Wireless Broadband Unlimited Data Termurah di Malaysia
Unifi Air kini adalah plan wireless broadband dengan unlimited data paling murah di Malaysia. Harga asal plan Unifi Air ialah RM129 sebulan, tetapi kini anda boleh melanggan Unifi Air pada harga RM79 sahaja. Jimat RM50 sebulan atau RM600 setahun.
Jika rumah anda ada akses kepada Fibre Broadband seperti Unifi, Maxis, Celcom, Time dan sebagainya, itu adalah pilihan yang lebih tepat kerana kelajuan yang jauh lebih laju stabil berbanding menggunakan wireless broadband 4G LTE. Baca mengenai Unifi Air Review juga dan perbandingan dengan Digi Infinite 150, Maxis One Go Wifi Unlimited Data Plan.
Unifi Air vs Unifi Mobile
Apakah perbezaan antara Unifi Air dengan Unifi Mobile? Kedua-dua menggunakan capaian signal network (coverage) yang sama cuma ada beberapa perkara yang berbeza. Secara mudah, kalau kelajuan data Unifi Mobile di smartphone anda laju, anda akan dapat kelajuan yang serupa bila menggunakan Unifi Air.
Unifi Air | Unifi Mobile | |
4G LTE Band | Band 5, 38, 40 (850MHz, 2600MHz, 2300MHz) | Band 5, 38, 40 (850MHz, 2600MHz, 2300MHz) |
Call/SMS/Data/ | Data sahaja | Call/SMS/Data/ |
4G LTE/3G/H+ | 4G LTE sahaja | 4G LTE/3G/H+ (Unifi Mobile roaming 3G dan H+ menggunakan network Celcom) |
Peranti yang disokong | Smartphone, 4G modem router, Mifi | Smartphone, 4G modem router, Mifi |
Hotspot | Unlimited hotspot/tethering | Bergantung kepada had/kuota plan Unifi Mobile |
Update 14/06/2020 – TM Menukar Modem Huawei Kepada ZTE Untuk Pelanggan Kontrak Baru
PENTING : MESTI BACA SEBELUM LANGGAN KONTRAK UNIFI AIR 24 BULAN
Beberapa portal berita Internet tempatan melaporkan bahawa TM kini telah menukar tawaran modem Huawei B618s-65d kepada modem ZTE MF286C untuk pelanggan kontrak baru (24 bulan tempoh kontrak). Masih belum dapat dipastikan adakah tawaran ini berkekalan untuk pelanggan baru atau hanya sebagai pilihan sementara mungkin kerana kekurangan stok modem Huawei B618s-65d.
Pendapat saya, sehingga TM menjelaskan isu penukaran modem Huawei kepada ZTE untuk pelanggan baru kontrak Unifi Air, elakkan langgan kontrak 24 bulan. Ini kerana Huawei B618s-65d adalah 4G LTE modem yang lebih baik dari segi spesifikasi dan fungsi tambahan yang tiada pada modem ZTE.
Kalau nak langgan Unifi Air juga, pilih plan SIM CARD sahaja tanpa perlu ikat kontrak 24 bulan dan beli 4G modem sendiri; seperti TP-Link MR600.
Cara Langgan Unifi Air Secara Online
Kini Unifi Air boleh dilanggan secara online tanpa perlu anda ke TM Point berdekatan. Anda boleh pilih samada nak plan Unifi Air + Huawei B618s-65d atau SIM card sahaja. Bayaran deposit pendahuluan sebanyak RM100 adalah diperlukan.
▶ Klik : Daftar Unifi Air Secara Online
Unifi Air Plan – Sim + Router (24 bulan kontrak) vs Sim Sahaja (Tiada Kontrak)
TM ketika ini menawarkan langganan Unifi Air dalam dua pilihan :
- SIM + Device (Huawei B618s-65d) – RM79 sebulan, tempoh kontrak 24 bulan (deposit RM100)
- SIM Only – RM79 sebulan – RM79 sebulan, tiada kontrak, perlu beli LTE modem router atau Mifi sendiri (deposit RM100)
Sebelum melanggan Unifi Air, saya galakkan anda cuba dulu coverage, download speed dan band network Unifi Air. Ini kerana TM tidak menyediakan kad sim atau peranti percubaan untuk orang ramai mencuba Unifi Air sebelum melanggan.
- Beli kad sim Unifi Mobile dan cuba di smartphone yang menyokong band 5/38/40. Kebiasaannya smartphone Samsung, Huawei menyokong kesemua band network Unifi Air. Total kos RM20 (harga kad sim RM10, harga penghantaran RM10)
- Sekiranya ada rakan atau kenalan anda yang sudah menggunakan Unifi Air, pinjam kad sim dan modem mereka untuk anda cuba di tempat tinggal anda.
Menurut laman web Unifi Air, kawasan saya tinggal tiada dalam coverage map. Mungkin algorithm TM hanya memaparkan kawasan yang ada liputan Band 5/38/40 yang meluas.
Selepas beberapa kali ulang-alik ke kedai TM Point, tiada cara lain melainkan beli kad sim sendiri dan cuba buat speedtest dan test signal.
Malangnya TM Point tidak menjual kad sim Unifi Mobile dan terpaksa pula beli kad sim Unifi Mobile menggunakan app pada harga RM10 dan caj penghantaran pula RM10.
Sampai kad sim terus buat speedtest. Speedtest Unifi Mobile – phone Samsung Galaxy Note FE.
Menggunakan app Network Cell Info Lite, kawasan tempat tinggal saya hanya menyokong band 5 network Unifi Mobile. Bila saya disable band 5 di phone, dan cuba connect menggunakan band 38 atau 40, yang saya dapat hanya No Service.
Kelajuan purata 15-25 Mbps. Tiada buffering ketika stream 1080p Youtube dan Netflix. Tak jauh dengan kelajuan yang diiklankan oleh TM iaitu ~20 Mbps. Bagaimanapun kelajuan data waktu malam agak perlahan antara ~ 4-8 Mbps.
Mengambil kira faktor network band, average speed dan kos yang perlu ditanggung ketika melanggan Unifi Air, saya berpendapat mengambil plan Unifi + Device adalah berbaloi kerana hanya perlu deposit RM100 dan tidak perlu beli 4g modem sendiri dengan kos tambahan RM250 – RM850 dan kos deposit RM100.
Jika anda bukan pengguna internet kelas berat (heavy downloading, torrent, streaming 24/7), boleh ambil plan SIM sahaja tanpa kontrak dan beli modem D-Link DWR-920V, Tenda atau TP-Link seperti yang saya cadangkan di bawah.
Atau gunakan di dalam phone sebagai Data-only sim bagi pengguna smartphone yang ada dual-sim card slot.
Unifi Air Speedtest / Download Speed / Upload Speed
Huawei B618s-65d menunjukkan Unifi Air disambungkan ke network Band 5 (192.168.8.1 > Advanced > Device Information.)
Kelajuan purata Unifi Air sekitar ~15-25 Mbps. Saya tengok ada ramai juga pengguna yang dapat kelajuan yang lebih tinggi melebihi 50Mbps bila menyambungkan network ke Band 38 atau 40.
Ini pula kelajuan purata ketika waktu malam, sekitar 8PM – 4AM dan juga ketika penggunaan hujung minggu.
Unifi Air Review untuk online gaming seperti Dota 2 juga lancar tiada masalah ketika bukan waktu puncak. Tetapi ketika waktu malam dan hujung minggu mempunyai ping dan latency yang tinggi.
4G LTE Modem Router Terbaik Untuk Unifi Air
Sekiranya anda bercadang melanggan Unifi Air plan SIM sahaja tanpa kontrak, ini antara beberapa model 4G modem router yang anda boleh pilih. Bagaimanapun, pilihan model Mifi yang sesuai sangat terhad kerana kebanyakan Mifi di pasaran Malaysia tidak menyokong kad sim Unifi Air. Berikut saya senaraikan model 4G router dan Mifi yang menyokong penuh Unifi Air.
Huawei B818 | Harga ~RM765 (unlocked)
4G LTE band support :Band 1/3/5/7/8/20/28/32/38/40/41/42/43
B818 merupakan pilihan nombor 1 bagi saya untuk Unifi Air dan menyokong band 5, 38 dan 40. Signal kuat dan kelajuan wifi pantas, menyokong sehingga 64 pengguna wifi pada masa sama. Menyokong fungsi lock band tanpa perlu aplikasi tambahan.
Huawei B818 menyokong kesemua telco Unifi Air/Unifi Mobile/Celcom/Yoodo/Maxis/Hotlink/Digi/Umobile/Yes/Tune Talk/RedONE, XOX.
Beli online modem router Huawei B818.
Contoh fungsi lock band menggunakan Huawei B818. Pilih Band 5,38 atau 40 bagi pengguna Unifi Air, pilih band yang memberikan anda speed internet paling laju dan paling stabil.
Huawei B618s-65d | Harga ~RM765 (unlocked)
4G LTE band support :Band 1/3/5/7/8/28/40
B618s-65d ketika merupakan pilihan terbaik TOP 3 untuk Unifi Air dan menyokong band 5 dan band 40. Signal kuat dan kelajuan wifi pantas, menyokong sehingga 64 pengguna wifi pada masa sama. Menyokong aplikasi pihak ketiga untuk lock band ke band 5/40.
Nota: Huawei B618s-22d hanya sesuai untuk kad sim Celcom/Maxis/Digi sahaja. Pilih model 65d untuk Unifi Air.
Beli online modem router Huawei B618s-65d.
Prolink PRN3006L | Harga ~RM250 (unlocked)
FDD-LTE: Band1/Band3/Band5/Band7/Band8/Band20/B28
TDD-LTE:Band38/Band40/Band41
4G modem router Prolink PRN3006L ini menyokong semua kad sim telco Malaysia termasuk Unifi Air dan Digi Infinite 150. Tapi kelemahan utama modem Prolink PRN3006L ini ialah tiada fungsi 4G+ yang biasanya memberikan kelajuan download/upload yang lebih baik. Sesuai untuk penggunaan 1-6 orang dalam satu masa.
Tiada settings untuk manual lock band bagi pengguna Digi Infinite 150 dan Unifi Air.
Beli online modem router Prolink PRN3006L.
Tenda 4G680V2 (Tenda 4G680 V2) merupakan 4G router yang memiliki spesifikasi hampir sama dengan Prolink PRN3006L dan juga menyokong kesemua sim card telco Celcom Maxis Digi Umobile dan juga Unifi Air.
Beli online 4G Router Tenda 4G680V2 Unifi Air.
TP-Link Archer MR600 V2 | ~RM500
4G: FDD-LTE: B1/B3/B5/B7/B8/B20/B28 (2100/1800/850/2600/900/800/700 MHz)
TDD-LTE: B38/B40/B41 (2600/2300/2500 MHz)
Menyokong band 5, 38 dan 40. Spesifikasi modem 4G+ yang menyokong semua telco di Malaysia dan mobile app TP-Link yang bagus. Biasanya kelajuan modem TP-Link agak baik berbanding Tenda. Sesuai untuk penggunaan sehingga 64 orang dalam satu masa.
TP-Link MR600 V2 kini menyokong fungsi untuk manual lock band ke band 5/38/40. Bagi pengguna TP-Link MR600 V1, anda boleh download dan install firmware terbaru untuk modem anda dengan fungis lock band.
TP-Link MR600 V2 berpotensi jadi antara 4G router terbaik di Malaysia selepas Huawei B618S dan Huawei B818 dengan penambahan fungsi untuk lock band secara manual.
Beli modem TP-Link Archer MR600 V2
4G LTE Band : Band 1/3/5/7/8/20/38/40
Menyokong band 5, 38 dan 40. Spesifikasi modem 4G+ yang menyokong semua telco di Malaysia termasuk Unifi Air.
Pilihan terbaik, termurah, paling jimat kos sekiranya anda ambil pelan SIM Card sahaja (tanpa kontrak) dan modem DWR-920V ini.
Tiada settings untuk manual lock band ke band 5/38/40.
Beli modem D-Link DWR-921.
TP-Link M7450 V2 menyokong semua jenis telco di Malaysia termasuk Celcom, Umobile, Digi, Maxis, Unifi Air, Yes. Pendek kata, semua band network disokong oleh mifi ini dan ada penilaian Sirim dan MCMC lagi.
Bateri dalam mifi ini ialah 3000 mAh dan ketahanan bateri adalah sangat bagus sehingga 15-20 jam penggunaan. Mifi TP-Link M7450 V2 menyokong 4G+ dan sangat digalakkan untuk pengguna Unifi Air/Digi Infinite 150 dan Maxis One Go Wifi 138.
Beli mifi TP-Link M7450 V2 TP-Link Official Store
Prolink PRT7011L boleh dikatakan antara mifi budget terbaik kerana menyokong semua jenis telco di Malaysia termasuk Celcom, Umobile, Digi, Maxis, Unifi Air, Yes. Pendek kata, semua band network disokong oleh mifi ini dan ada penilaian Sirim dan MCMC lagi.
Tapi sayangnya bateri dalam mifi ini agak kecil 2000 mAh dan ketahanan bateri hanya sekitar 6-10 jam penggunaan berterusan. Mifi ini juga tidak menyokong 4G+ dan tiada fungsi lock band. Butiran lanjut boleh baca di laman rasmi Prolink PRT7011L unifi air mifi Malaysia.
Beli mifi Prolink PRT7011L (RM189) Prolink Official Store
Huawei B618s-65d Setting Unifi Air (Huawei B818)
Preferred network mode : 4G Only (Auto) kerana Unifi Air tidak menyokong 3G/H+/.
Unifi Air APN : unifi / unifi
Biasanya mana-mana router saya akan set 2.4 GHz Wifi channel ke 11 / 5 GHz Wifi channel ke 64.
2.4 Ghz wifi untuk browsing biasa-biasa. 5 Ghz untuk stream Netflix dan gaming. Security password guna WPA2-PSK.
Huawei Hmanager tool untuk lock band. Download B618s Hmanager.
Unifi Air Review – Kelebihan
- Unifi Air Review – plan wireless broadband dengan unlimited data plan termurah di Malaysia — RM79 sebulan.
- 4G modem router yang disertakan sekali plan kontrak Unifi Air ialah Huawei B618s-65d — model high end dengan spesifikasi dan prestasi yang sangat bagus
- Kelajuan purata ~15-30 Mbps ketika bukan waktu puncak — cukup untuk streaming 1080p video dengan lancar, download, browsing dan banyak lagi — jauh lebih laju berbanding Streamyx dari segi download speed dan upload speed
- Unlimited data dimana saja anda berada – gunakan kad sim Unifi Air di smartphone anda bila perlu atau bawa pulang sahaja modem B618s-65d ke rumah, kampung atau mana-mana lokasi selagi ada signal 4G
- Untuk syarikat kecil atau kedai — mengurangkan kos bil bulanan telefon dan internet, tak perlu lagi sewa talian telefon dan bayar harga plan internet yang biasanya mahal untuk kegunaan syarikat/kedai
Unifi Air Review – Kelemahan
- Unifi Air review – kelajuan data tidak sepantas pesaing — lihat screenshot di atas di mana Digi dan Celcom jauh lebih laju
- Keluasan capaian signal (network signal coverage) Unifi Air yang terlalu kecil dan terhad — sebagai contoh, tempat tinggal saya hanya ada Band 5, tiada Band 38 dan 40.
- Kelajuan yang tidak stabil dan kemungkinan internet sangat perlahan ketika waktu puncak, waktu malam 8 PM – 4AM dan hujung minggu
- Online gaming mempunyai ping dan latency yang agak tinggi ketika waktu puncak — tidak digalakkan untuk permainan esports secara serius
- Band 5/38/40 yang digunakan Unifi Air tidak menyokong kebanyakan model portable wifi/mifi atau 4G LTE modem router yang dijual di pasaran Malaysia — pengguna hanya ada beberapa pilihan yang sangat terhad
- Tidak menyokong 3G/H+ roaming ke network Celcom sebagaimana Unifi Mobile – penting untuk mengelakkan line sesak atau ketika berada di lokasi yang tiada signal 4G LTE
Cadangan Kepada Pihak TM Unifi Air
Pendapat saya,TM perlu meluaskan lagi coverage map Unifi Air supaya lebih banyak pengguna boleh menikmati wireless broadband pada harga murah.
Lebih banyak tower perlu ditambah bagi mengelakkan congestion bila ramai pengguna menyambung ke sesuatu band 5/38/40. Kalau 1 tower tapi 1000 pengguna memang line sesak. Elak kelajuan jadi terlampau perlahan ketika waktu malam dan hujung minggu.
Menyediakan kad sim atau peranti percubaan bagi pengguna. Agak menyusahkan seperti dalam situasi saya, perlu order dulu kad sim unifi mobile pada harga rm10 ditambah lagi caj penghantaran sebanyak rm10. Hampir seminggu baru kad sim sampai. Kena buat macam-macam eksperimen dulu sebelum bayar deposit RM100 untuk langgan Unifi Air.
Ramai yang juga yang gamble, ambil plan Unifi Air dan berharap coverage ok dan internet laju. Kalau nasib baik signal bagus, berbaloi gamble. Kalau sebaliknya, agak sia-sia gamble kerana hangus deposit RM100. Salah satu matlamat saya tulis artikel unifi air review ini ialah bagi mengelakkan pengguna dari tersalah buat pilihan tepat yang merugikan.
Ada pertanyaan apa-apa mengenai Unifi Air review boleh komen di bawah.
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 16.9Kviews
- 7
Zaris
Terima kasih di atas review yg dibuat. Jika saya tak beli modem Huawei dan ingin memilih di antara Tenda dan TPLink, mana yang lebih terbaik?
Einz
Specs, performance TP-link archer mr600 tu jauh lagi power dari Tenda. Tplink pakai modem qualcomm so better LTE signal dan support 4G+, Tenda takde 4G+. Dari segi mobile apps, Tplink juga lebih baik sebab saya sendiri pakai tplink mifi.
Satu lagi, tplink bagi 3 tahun warranty tplink malaysia. Mudah kalau apa2 problem nak return 😀
Boleh dah add to cart dan beli masa black friday kot2 dapat murah lagi sikit (29 Nov 2019). Normal harga around rm500 tapi paling murah pernah jumpa harga sale dalam rm450
zatiewander
Terima kasih atas reply tuan Einz.
am
ada x ejen unifi air area cheras batu 9…
Einz
Unifi Air takde agent. memang kena pergi tm point untuk register
RR
Hi, saya check coverage unifi air area rumah saya memang xde tapi coverage unifi mobile laju sbb saya memang pakai unifi mobile untu phone. Staf tm xsarankan untuk ambil pakej unifi air sbb dia cakap coverage air & mobile berbeza. Patut ke saya gamble ambil je pakej unifi air?
Einz
staff TM said the same thing kat saya…unifi air/unifi mobile coverage beza…
tapi my own tests results dia sebijik sama, beza macam dalam artikel tu je la…unifi Air tak support 3g/ht+ , voice call dan sms…4g coverage/speed exactly the same…
boleh upload speedtest unifi mobile? kalau dapat 20-30Mbps berbaloi dah subs unifi air….kalau 10mbps average tak berbaloi sangat
Cikgu Mohd Afiq Mohd Yusof
Saya pun ada tulis review tentang Unifi Air di kawasan Sabak Bernam. Speed yang cukup bagi pengguna yang sederhana.
Einz
Salam cikgu, kat mana saya nak baca artikel Unifi Air review tu?
Mohd. Hisham bin Ujang
Assalamualaikum bro..
Saya tinggal di kawasan yang tiada coverage Fibre. Jadi saya tak ada pilihan melainkan menggunakan talian 4G.
Kawasan saya pula tiada coverage Unifi Air, dan staff TM juga tidak sarankan saya gamble mengambil plan ini.
Dan saya juga menggunakan Unifi (Webe) untuk handphone. Speedtest handphone menunjukkan kelajuan sekitar 2-5Mbps sahaja. Setakat untuk surfing atau streaming, bolehlah juga. Cuma untuk update PC atau download fail besar2, sangat tak sesuai.
Selain itu, berdasarkan apps OpenSignal, telco paling laju di kawasan saya adalah maxis (18Mbps), Celcom (15Mbps), U Mobile (12Mbps), Digi (9Mbps) dan Unifi (5.9 Mbps).
Jadi sekarang, saya sedang mempertimbangkan pilihan-pilihan berikut:
Langgan sahaja Unifi Air, gamble. Jika nyata tidak baik, saya akan terminate langganan dan membayar penalti dan tidak pulangkan modem. Kerana saya mahu gunakan modem tersebut. Namun persoalannya, bolehkah sim card telco lain digunakan di modem ini secara plug-n-play?
Beli sendiri modem Tp-Link Archer MR600, kemudian beli sim card Unifi Air. Namun persoalannya, andaikanlah talian Unifi Air di kawasan saya ni baik, adakah kelajuannya setanding dengan modem B618 tu? Sejauh mana beza prestasi kedua-dua modem ini? Sekiranya talian Unifi Air tidak baik, saya kan beralih ke telco lain sahaja.
Beli sendiri modem, kemudian langgan DiGi Infinite 150. Persoalannya, adakah ini berbaloi?
Langgan sahaja Celcom Home Wireless 150. Kerana coverage celcom di kawasan saya memang sangat baik. Cuma masalahnya, plan ini bukan unlimited.
Selain itu juga, saya juga sedang memikirkan perkara berikut:
a. Memandangkan saya akan gunakan 4g untuk internet rumah, mungkin baik juga saya menggunakan MiFi, bukan WiFi. Kerana ada kelebihan mudahalih. Jika saya outstation atau balik kampung, boleh bawa sekali. Namun persoalannya, adakah MiFi akan memadai untuk kegunaan saya? Saya kerap membuat download dan upload, menggunakan cloud storage.
b. Berapa jauh beza prestasi MiFi Netgear Nighthawk M1 dan Tp-Link M7650? Saya mempertimbangkan Netgear kerana ia boleh disambung secara wired ke PC, sedangkan Tp-Link M7650 tidak, hanya terhad kepada wireless. Namun Netgear tiada dijual secara rasmi pula di tempat saya, akan merumitkan urusan warranty.
Saya harap bro boleh memberikan pencerahan hal ini kepada saya kerana saya sudah menghadapi dilema ini berminggu-minggu.
Terima kasih.
Einz
Salam,
First; kalau unifi air/webe/unifi mobile speed dapat 2-5Mbps je, better tak payah subscribe Unifi Air. Kalau ambil Unifi Air sebab nak modem Huawei B168-65d tu, terpaksa ikat kontrak, dan modem tu tak boleh masuk sim card lain telco jadi rugi sebab memang kena pakai simcard unifi saja.
Suggestion, cuba beli sim card digi prepaid dan test sendiri speed, pakai phone pun boleh, sebab digi still ada simcard Digi Infinite 150 yang unlimited data. Boleh masuk dalam mifi atau 4g router. Paling best digi infinite 150 takde kontrak. Kalau dapat speed 10-15Mbps ke atas pun dah ok sebab better dari choices lain kan.
Celcom Home Wireless tak recommended sebab mahal, ada kontrak dan ada limited kuota. Tak dinafikan signal dan data speed celcom laju, tapi tu lah, banyak sangat kelemahan lain.
Nas
Hai bos,
b525 performance ke? Nak angkat b618 harga tinggi sangat.
Comparing b525 vs tenda 4g680 skrg.
Einz
Performance b525 pun ok jugak. Cuma tak sepower b618s. Kalau nak cari yang b525, cari yang model b525-65a yang unlocked, semua sim card support. Confirmkan dengan seller dulu make sure support band 5/38/40
beli kat sini https://invol.co/clklwb
hu huhu
Boss einz, kalau nak guna dgn router Huawei B593S (harga dlm RM150 dkt shopee) apa pandangan boss?
Ashraf
Tp link tu hanya masukkan sim mobile dan plug shj ka… Dia x dak sitting2 lain dh ka?
Einz
Xde setting2 lain dah. Plug and play je. Masuk sim, terus ready
Kah Lok
Review yang memang bagus, helped me alot, like!
wan
Terima kasih atas review yang sangat lengkap dan padat . Adakah perbezaan terlalu ketara dari segi kelajuan kalau menggunakan router provided by t.m berbanding router luar yang bro suggest di atas? Terima kasih bro
Einz
Ketara jugak, sebab router TM bagi tu router high end yang normally harga pun dekat RM1k. Tapi kalau nak langgan unifi air, tunggu habis musim PKP. sebab sekarang slowwww sangat unifi air macam telco2 lain celcom umobile maxis semua slow.
Farid (bukan nama sebenar)
Salam tuan, saya ingat nak gamble je amik pakej Unifi Air Sim only. Area saya unifi mobile boleh tahan speed average 15Mpbs download. Kalau fluctuate tu biasalah kita kena faham.
If anything goes wrong, saya terminate je Unifi Air tu sebab takde contract. Modem boleh jual balik. Tak ke bijok tu hehe.
Satu lagi nak tanya kalau router TP Link byk yg suggest moel MR600 (mahal!). Ada juga suggest model MR6400 murah sikit.
Boleh tak suggest router yg harganya bukan untuk kaum dari kayangan? Maklumlah, PKP ni ramai yang terjejas.
Appreciate your response on this bossku. Selamat berpuasa.
Einz
Kalau nak gamble, sebelum tu check dulu coverage tempat duduk tu unifi air pakai band apa (band 5,38,40). Kat Shopee ada jual banyak modded huawei lte router tapi mostly yang murah2 tu support band 38,40 je. Kalau dah terbeli, tapi coverage rumah pakai band 5, dapat no service je nanti.
Berminat boleh check kat Shopee pakai link ni https://invol.co/cln4vi
Make sure check dulu unifi mobile tu pakai band apa.
FARID (BUKAN NAMA SEBENAR)
Tq for your reply. Baru check boss. Sipi2 nak dapat band 40, namun tempat saya ni Band 5 saja gayanya.
Kat lazada tgk ada model TP Link MR6400, namun ada seller kata support, ada juga seller lain kata x support. Sungguh mengelirukan minda dan menguji kesabaran di bulan yang mulia ini.
Mintak jasa baik dan expertise tuan suggest model router yang bersesuaian pleaseee.
Appreciate you taking your time in responding to my issue. Selamat berbuka bossku.
Einz
Carian Google, MR6400 ni ada 3 variant, V2,V3 dan APAC V3. Apac V3 ni yang support Band 5,38,40 Unifi Air. So memang kena beli model Apac V3 jangan silap beli yang V2,V3 sebab tak support B5. Kalau line tu ada signal kuat B38/B40 boleh je beli mana2 variant MR6400
Masalah seller lazada/shopee ni diorang tak list model variant. Tulis MR6400 je kat title/description. Kena pm satu2 seller make sure angkat MR6400 APAC V3 yang support B5/B38/B40
farid
thank you boss.. dah clear skarang.. really helps in deciding which one to buy.. semoga murah rezeki dan dipermudahkan urusan tuan
Nizam
As salam tuan..saya stay ampang..nak tanya kalau ampang sesuai tak pakai unifiair sbb budak2 nk kelas online dan saya work from home..cuma xtau speed kat sini laju atau tak..
Einz
Salam, susah jugak nak kata ampang tu line cantik, laju ke tak bila pakai unifi air. Memang kena test dulu baru boleh langgan sebab TM tak kasi trial.
Kalau dapat line stable at least 15-20Mbps tu, berbaloi langgan unifi air rm79.
Kalau mampu. Angkat digi infinite 150 jauh lebih laju, stabil cuma harga dia rm150 sebulan.
hfizhaha
Adakah huawei b618 locked to celcom only boleh pakai semua sim celcom
Einz
Kalau huawei b618 tu beli yang celcom-set, locked ke sim celcom je boleh.
B618s-65d unlocked around rm800, semua sim boleh masuk
Intan Safina Rahman
TQVM..clear penerangan tuan…sy dlm proses memilih mencari telco internet y termurah n coverage paling padu plng penting unlimeted..unifi ni sort listed, area setiawangsa ada coverage tp xsure padu ke x..boleh x suggest telco lain
Einz
Termurah, unlimited data tu banyak. Tapi unlimited hotspot ni dekat Malaysia ada dua choice saja
1) Unifi Air rm79 sebulan
2) Digi infinit 150 sebulan
Digi tu almost double dari Unifi Air. Tapi speed jauh lebih laju dan stable. Nak pakai mana2 mifi pun boleh dan tiada kontrak
Nazril
Salam tuan, saya ada 2 soalan:
macam mana sy nak cek area saya ni boleh dapat band berapa (5/38/40)? sebab sy pakai iphone so takde apps network cell info. ada ke apps lain yg sy boleh cek band?
yg digi infinite 150 tu, kalau kita masuk simkad dalam router, nanti dia tak detect as thether ke?
mohon pencerahan tuan 😁
Einz
Salam
1) Pakai iphone memang xde app ntuk check Band network telco, not sure cara ni still relevant lagi ke tak https://phonetonetech.com/check-frequency-band-on-iphone-or-android-phone/
Kalau xleh gak, kena pinjam phone android (preferably samsung) dan insert sim card dan test guna app Network Cell Info
2) Digi Infinite 150 memang unlimited tethering/hotspot so masuk je dalam mana2 mifi/lte router or smartphone iphone ke android ke, still unlimited data dia
masyuk
salam einz,
baru register unifi air,
mcm mana nk tukar band lain..sbb skrg modem detect band 40, nk test gak band 5 dan 38.. band 40 skrg speed bwh 10mbps.
Einz
Kalau pakai modem router huawei b618s tu ada 3rd party tool (android apk) untuk tukar ke band lain.
By default, kita xleh tukar band
Aminuddin Nusa
Salam nak tanya, macam mana proses nak order sim kad trial RM10 tu ye?
Einz
Salam. Download app Unifi Mobile dan request sim card
Budiman
Salam bos
Kawasan rmh sy hanya kuat line celcom je. Terpaksa guna celcom home yg 150 tu. Masalahnya 150gb kejap je habis. Nak try unifi air. Tp cek dgn henset huawei dia tulis lte band 7.maknanya mmg xde line unifi ke?
Einz
Check dengan sim card apa tu? Kena check dengan sim card unifi mobile. Band 5, 38, 40 je support Unifi Air/Mobile
Mira Zainal
Penerangan sangat cerah. Tapi saya masih was2 nak guna unifi air. Sbb saya nak pakai unifi air ni connect dgn cctv. Agak2 sangkut atau ok Saje?
edry
assalamukalaikum tuan, skrg tm ada jual sim kad rm59 999g data hotspot… bukan unifi air lh.. guna sim… sim ni boleh masuk dlm router yg mcm mna tuan.. boleh bg info router yg sesuai tak.. tq tuan
Einz
Rasanya offer unifi mobile 999gb lte hotspot tu sampai 9 june 2020 je https://community.unifi.com.my/t5/Product-and-Service/Stay-at-Home-and-Enjoy-999GB-LTE-Hotspot-Pass/td-p/30444?utm_source=InvolveAsia&session_id=4a610dde0384476ea3f73edadc95d886&utm_medium=referral
.
router yang sesuai tu susah nak cakap. sebab kalau rumah ada area coverage yang pakai band 5 je, memang limited pilihan router. Kalau ada band 38,40 baru banyak choices router murah dan router power tapi mahal sikit
Azhan Aminy
Salam bro, nk tanya skit. Dh try pkai unifi mobile, alhmdulillah dpat band 40, kdg2 dia tkar band 38. Tp unifi mobile dia cap speed smpai 8mbps je (bebas promo sempena pkp). Mcm mna nk tau speed sbnar ea? Langgan yg limited data tu k?
Lpas tu ada tips x masa bila nk check speed spaya kita bleh tau minimum speed and maximum speed dia. So far pkai yg limited 8mps speed ni mcm ok je. Better dh dr streamyx 8mbps 😩
Thanx in advance
Abu
Dah lama try unifi mobile prepaid, selalu dapat 4G+ band 40 dan band 5. Band 38 memang takde terus.
Speed test pun okay dapat download 40mbps, upload 2mbps, ping bawah 30ms.
Patut ke langgan unifi air? Sekarang pakai streamyx je, kawasan kampung mmg takde dalam coverage map.
Ekin
Salam..cara nk tukar password kat unifi air tu cmna?
dd
hmmanager saya tak boleh log in. walaupun dh reset. camna ya tuan. user and password tu admin / admin?
(after reset)
Einz
pakai hmmanager version apa tu? cuba up screenshot
make sure try login kat web dulu 192.168.1.1 then try login. default username : admin / password : admin
Haikal
Salam, kawasan rumah saya adalah dihujung dibahagian paling hujung kawasan yang ada coverage unifi air. Masih berbaloi ke untuk saya mendapatkan unifi air memandangkan kawasan rumah saya tiada unfii fibre. Terima kasih
Einz
Salam, dapat coverage tu berapa average speed dapat? kalau tak sampai 10mbps better tak perlu subscribe. Kalau lebih 10-20mbps, berbaloi jugak
Fiela
Salam tuan,
Boleh tuan cadangkan wireless wifi yg sesuai untuk unifi prepaid mobile. Sekarang ni saya hotspot menggunakan phone. Bercadang mencari wireless wifi yg sesuai.
Terima kasih
ash z
Salam, saya dah langgan unifi air, dapat modem ZTE MF286C, average dpt 20 – 30mbps, nak tanya tuan. ape kelebihan huawei dari zte? adakah dari segi setting atau perfomance? dan satu lagi modem zte ni kat mane nak cek band dia ye, puas google x jumpa jawapan.
syah
Assalam tuan nak minta nasehaty sikit, saya baru ambil unifi air simcard saja, dok cari router 4g yg sesuai… mcm salah seorang pengkomen di atas, saya juga rasanya nak ambik tp-link mr6400 router… cuma nak nasihat jika saya beli external antenna untuk sambung pada tplink mr6400 untuk dapatkan signal yg kuat boleh ka?
area rumah saya band 5 ja tapi hujung kg saya dlm 200m jiran2 dapat band 38/40, saya test guna network cell app pun dpt band 38/40.. maybe sebab dekat dgn unifi tower di area situ… boleh ka kalau kita beli ext antenna dan sambungkan untk kuatkan signal? jika boleh apa ext antenna yg tuan boleh cadangkan? mohon pencerahan dan bantuan ya… thanks.
admin
tolong jawap pertanyaan sama tuan
John
Modem unifi air yang b618-65 boleh masuk semua sim ke tuan? Sebab sye da langgan unifi air sejak bulan 6/2020.. saje nk tahu
Einz
Kalau huawei b618s-65d yang ada logo Unifi tu, takleh. Locked sim untuk simcard unifi mobile je