- 4Kviews
- 7
Selepas banyak berita tersebar mengenai Unifi Air, TM akhirnya melancarkan pelan baru ini secara rasmi. Unifi Air merupakan wireless broadband yang menggunakan teknologi 4G LTE, kelajuan maksimum 20Mbps, tiada had kuota dan harga RM79 sebulan.
Unifi Air – RM79 Sebulan, Kelajuan 20Mbps, Tiada Had Kuota
Unifi Air unlimited quota wireless broadband :
- Kelajuan maksimum 20Mbps (download speed)
- Tiada had kuota (unlimited quota)
- Sambungan internet menggunakan capaian signal 4G LTE (signal kuat, internet laju….signal lemah, internet perlahan)
- Modem 4G LTE router Huawei B168 percuma (kontrak 2 tahun)
- Ketika ini akan ditawarkan kepada sekitar 35,000 pengguna Streamyx terpilih yang tinggal di kawasan yang mempunyai liputan Unifi 4G LTE
- Harga untuk pelanggan baru Unifi Air ialah RM129 sebulan (masih belum dibuka kepada umum ketika ini)
Secara ringkas, anda tidak boleh melanggan Unifi Air ketika ini melainkan anda di tawarkan sendiri oleh TM untuk beralih daripada Streamyx.
Pada masa sama, promo video Unifi Air ini saya anggap menarik kerana TM sendiri memaparkan kritikan pedas tanpa berlapik terhadap reputasi Internet Streamyx yang dikenali umum sebagai teruk secara konsisten, perlahan dan mengecewakan sepanjang masa.
Apa pendapat anda mengenai Unifi Air unlimited quota RM79?
Sumber : Facebook Unifi
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 4Kviews
- 7
Zakaria Anjang (@Jakanjeng)
Tm sendiri yg melontar kritikan pedas kpd streamyx hahaha
Mcm xpnah thu produk sendiri xberkualiti🤣
n79
thatwhy now mereka improve kan service mereka kepada yg lebih efection. bukan nak buruk2 kan produk orang lain.