unifi free speed upgrade

Semalam 19/1/17 TM telah melancarkan laman web kempen “Thank You Suprise” untuk pelanggan pakej internet TM dan berita gembira ialah TM akan memberikan speed upgrade secara percuma. Sebagai contoh, pelanggan plan Unifi 30 Mbps boleh menikmati free speed upgrade kepada 50 Mbps dan pelanggan plan 50 Mbps akan di-naik taraf kepada plan 100 Mbps. Percuma, tanpa bayaran tambahan dan tanpa penambahan tempoh kontrak !

Unifi Free Speed Upgrade

Menurut TM, Unifi free speed upgrade program akan dijalankan bermula Januari hingga Jun 2017 bergantung kepada lokasi.

Bagi pengguna Streamyx pula, TM juga menjanjikan kejutan bagi mereka tetapi perlu menunggu sehingga 25 Januari 2017 ini. Adakah pengguna Streamyx juga dapat free speed upgrade? Semuanya akan diketahui dalam masa beberapa hari lagi.

Lawat TM Thank You Suprise untuk maklumat lanjut !

1,564 total views, 4 views today