unifi mobile



Hujung Januari 2018, TM telah melancarkan pelan prabayar generasi baru yang dinamakan sebagai Unifi Mobile. Unifi Mobile boleh dikatakan sebagai penjenamaan semula bagi pelan Webe cuma kali ini Unifi Mobile tampil dengan konsep baru yang seiring dengan trend pengguna kini yang banyak menggunakan data berbanding call dan SMS.

Unifi Mobile Review – 20GB Data Percuma, Kredit Tak Mati Jadi Tarikan Utama

unifi mobile app

Untuk tempoh terhad, Unifi memberikan 20GB LTE data secara percuma selepas kad sim diaktifkan. Seorang pengguna boleh memohon sehingga 5 keping kad sim dan ini bermakna 100GB LTE Data percuma (20GB x 5) boleh menjadi milik pengguna terawal Unifi Mobile. Anda boleh kekalkan nombor sedia ada (port out) atau daftar 5 nombor baru.

Proses permohonan kad sim Unifi perlu dibuat dengan menggunakan aplikasi [email protected] – boleh download di App Store atau Play Store. Selepas pendaftaran selesai, anda boleh pilih untuk ambil kad sim di kedai-kedai TM atau secara pos ke rumah. Memandangkan tempat kerja saya dengan kedai TM hanya 3 minit jalan kaki, saya pilih untuk self-collect.

unifi mobile sim card

Kad sim Unifi Mobile – didatangkan dalam 3 saiz : Nano, Micro dan saiz biasa.

Untuk pengguna Mifi, APN bagi Unifi Mobile ialah : unifi.

unifi mobile apps

Pengguna baru diberikan 20GB 4G LTE data, 10 minit panggilan dan 10 SMS secara percuma.

unifi mobile speedtest

Langkah pertama yang saya buat ialah speedtest ping, download speed, upload speed bagi Unifi Mobile. Bagaimanapun kelajuan 4G LTE Unifi Mobile tidaklah selaju yang saya harapkan, saya sekitar 10+ Mbps download speed dan 3+ Mbps upload speed.

unifi mobile topup

Untuk topup atau reload, fungsi ini telah terbina dalam aplikasi [email protected].¬†Konsep Unifi Mobile ialah hanya reload ketika anda perlukan data tambahan atau perlukan panggilan atau SMS. Tidak perlu risau kredit tamat tempoh seperti kebanyakan prabayar lain. Jika dalam sesuatu tempoh itu anda hanya perlukan data dan sifar penggunaan call/SMS, anda reload saja kuota tambahan bagi data.

Secara ringkas pada pandangan saya, harga bagi pelan data dan call/SMS bagi Unifi Mobile ini tidaklah murah dan tidak jauh beza dengan prabayar lain. Contohnya RM13 untuk 1GB Basic Data agak mahal. Mungkin pihak Unifi akan membuat perubahan bergantung kepada maklum balas pelanggan selepas ini.


Kelebihan Unifi Mobile

  • Proses daftar, semak baki, topup semuanya menggunakan aplikasi mobile – tidak perlu bergantung kepada pihak ketiga
  • Percuma 20GB data lte untuk pengguna terawal
  • Boleh memohon sehingga 5 keping kad sim secara percuma
  • Kredit tak mati – tak perlu risau kredit tamat tempoh

Kekurangan Unifi Mobile

  • Kelajuan 4G LTE dan H+ yang tidak setanding telco lain
  • Harga pelan yang tidak murah seperti yang dijangka

Ada pertanyaan mengenai Unifi Mobile? Boleh komen di bawah ya



RELATED POSTS