Masih menggunakan sim card Unifi Mobile? Ramai yang tak tahu yang sejak beberapa bulan lepas lagi Unifi Mobile ada menawarkan pelan Unlimited Data BEBAS serendah RM3. Dan anda boleh gunakan pelan BEBAS ini sebagai wifi hotspot untuk kongsikan dengan phone atau peranti lain.
Unifi Mobile Tawar Unlimited Data Plan BEBAS – Harga Serendah RM3
Butiran Unifi Mobile BEBAS
- BEBAS 2Hours – RM3 sahaja untuk 2 JAM tempoh penggunaan (4G LTE sahaja)
- BEBAS Daily – RM5 sahaja untuk 24 JAM tempoh penggunaan (4G LTE sahaja)
- BEBAS Weekly – RM20 sahaja untuk 7 HARI tempoh penggunaan (4G LTE sahaja)
- Pelan BEBAS menyokong perkongsian data menggunana tethering / wifi hotspot
- Kelajuan pelan BEBAS sekitar 10Mbps download speed
Jika anda perlukan internet tanpa had dalam tempoh tertentu, contohnya ketika balik kampung di musim perayaan atau cuti sekolah, pelan BEBAS serendah RM3 hingga RM20 seminggu sebenarnya agak berbaloi. Lebih-lagi data ini boleh dikongsikan secara hotspot.
Menurut pihak Unifi Mobile, tawaran BEBAS ini sah sehingga 31 Julai 2018 sahaja, jadi gunakan sebaiknya selagi tawaran masih ada.
Sumber : Unifi Mobile FAQ
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥