Pengguna Unifi atau Streamyx ? Jom Semak Kelayakan untuk Free Internet Speed Upgrade oleh TM

unifi-free-speed-upgrade-2018

Beberapa minggu lepas, TM telah mengumumkan bahawa pengguna Unifi sedia ada akan menerima peningkatan kelajuan percuma sehingga 800 Mbps dan juga pengguna Streamyx. Kini, anda boleh menyemak samada akaun Unifi atau Streamyx anda layak untuk menerima “free speed upgrade” daripada TM.

Pengguna Unifi atau Streamyx ? Jom Semak Kelayakan untuk Free Speed Upgrade oleh TM

unifi streamyx speed upgrade

Anda perlu memasukkan nama, id akaun unifi atau streamyx dan nombor kad pengenalan untuk pengesahan.

Program “Free Speed Upgrade” oleh TM ini akan bermula pada 15 Ogos 2018 sehingga pertengahan 2019 bergantung kepada lokasi dan kelajuan maksimum yang ada di kawasan tersebut. Menurut TnC, harga yang dibayar oleh pelanggan TM tetap sama seperti sebelumnya selepas menerima peningkatan kelajuan secara percuma.

Bunyi macam berbaloi untuk pengguna Unifi, tetapi untuk pengguna Streamyx? Kalau sebelum ini bayar RM160 untuk Streamyx 8Mbps, selepas upgrade pula mungkin hanya dapat Unifi Lite 10Mbps, bagi saya ianya sesuatu yang merugikan kerana saya yakin majoriti pengguna Streamyx mahukan penurunan harga juga. Bagaimana pendapat anda?

Sumber : Unifi Streamyx Free Speed Upgrade

 



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

Leave a Reply