Unlimited Data Plan Terbaik di Malaysia (2021) – Kerja dari Rumah, Kelas Online, Buat Content Dengan Tenang dan Lancar

unlimited data plan terbaik malaysia 2021

Mencari unlimited data plan terbaik di Malaysia atau unlimited wireless broadband untuk WFH dan ODL tahun 2021? Ini antara 4 pilihan yang ada. Penting untuk anda tahu ialah kebanyakan plan unlimited data telco Malaysia ini tidak dijual di kedai-kedai fizikal, tapi biasanya hanya secara pendaftaran online atau daftar menggunakan apps. Baca artikel ini dalam versi English : Best Unlimited Data Plan Malaysia (2021) for WFH, ODL and content creation.

 

Unlimited Data Plan Terbaik Malaysia (2021)

Unlimited Wireless Broadband ini adalah alternatif bagi mereka yang tiada sambungan fiber broadband seperti Unifi, TIME, Maxis Fibre, Digi Fibre, Celcom Fibre dan sebagainya. Dengan melanggan unlimited data plan, anda tidak perlu risau bil bulanan melambung tinggi kerana terlalu banyak hotspot kuota yang digunakan seperti plan data lain. 

Kalau harga langganan RM150 sebulan (contoh Digi Infinite 150) penggunaan internet anda bulan ini adalah 800GB, bulan depan pula guna sebanyak 555GB, harga yang dibayar tetap sama. Tiada istilah, habis data, kena topup lagi 20GB pada harga RM50, contohnya.

Seperkara lagi, kalau anda daftar unlimited data plan terbaik dengan kontrak telco, biasanya telco bagi locked SIM modem atau router. Locked SIM bermaksud kalau anda beli pakej dari Unifi, sim card Unifi sahaja boleh guna. Kalau nak jual balik pun “market value” dah jadi rendah sebab tak sokong sim card telco lain.

Beli sim card, beli 4G router atau 4G mifi sendiri, tiada kontrak – itu yang terbaik mengikut pandangan saya. Boleh terminate plan bila-bila masa tanpa bayar caj penalti, boleh jual balik router atau modem, boleh masuk apa-apa jenis sim card tanpa kekangan.

Unlimited Data Plan Digi Infinite 150

digi infinite 150 review

Digi Infinite 150 postpaid merupakan unlimited data plan terbaik yang saya sendiri guna sejak 2017 lagi. Boleh baca review di sini : Digi Infinite 150 Review Unlimited Data. Walaupun dah masuk tahun 2021, plan ini masih lagi boleh dilanggan secara online melalui website Digi. Digi Infinite 150 boleh digunakan di smartphone, 4G mifi atau 4G router dan menyokong SMS dan Call seperti plan postpaid biasa.

Harga langganan : RM150 sebulan tanpa kontrak | Kelajuan sehingga 100Mbps

Cadangan mifi 4G+ terbaik : TP-Link M7450 V2 – bateri hingga 20 jam (menyokong semua band telco Malaysia)

Cadangan 4G router terbaik : Huawei B818 | Huawei B618s-65d | TP-Link MR600 V2 (support 4G+ dan lock band)

 

Maxis One Go Wifi RM138 Unlimited Data Plan

maxis one go wifi rm138 unlimited data plan

Maxis juga turut memperkenalkan plan Maxis One Go Wifi RM138 unlimited data plan pada pertengahan 2020 semasa PKP 1 berlangsung. Kalau ambil kontrak 24 bulan dengan Maxis, anda dapat 4G router sekali pakej. Kalau beli sim card sahaja, anda boleh guna tanpa perlu ikat kontrak selama dua tahun, di mana saya sangat sarankan.

🛒 Beli online sim card Maxis One Go Wifi RM138

Harga langganan : RM138 sebulan tanpa kontrak | Kelajuan sehingga 100Mbps

Cadangan mifi 4G+ terbaik : TP-Link M7450 V2 – bateri hingga 20 jam (menyokong semua band telco Malaysia)

Cadangan 4G router terbaik : Huawei B818 | Huawei B618s-65d | TP-Link MR600 V2 (support 4G+ dan lock band)

 

Unifi Air Unlimited Data Plan RM79 Sebulan

huawei b618s-65d unifi air unlimited data plan terbaik

Unifi Air pula merupakan antara unlimited data plan terbaik dengan harga paling murah dengan hanya RM79 sebulan di mana saya sendiri guna untuk kegunaan kedai dan pejabat sejak penghujung 2019 lagi. Review boleh baca di sini : Unifi Air Review – Plan Unlimited Data RM79 sebulan. Seperti Maxis One Go Wifi RM138 juga, plan Unifi Air RM79 boleh dilanggan secara kontrak 24 bulan beserta 4G router atau tiada kontrak (Mifi atau 4G router beli sendiri).

BACA :  Perbezaan Harga RAM DDR4 Desktop - 2015 vs 2018

Harga langganan : RM79 sebulan tanpa kontrak (Postpaid) | Kelajuan dari 10 Mbps – 30Mbps

Cadangan mifi 4G+ terbaik : TP-Link M7450 V2 – bateri hingga 20 jam (menyokong semua band telco Malaysia)

Cadangan 4G router terbaik : CPE 4G Router Support Lock Band All Telco | Huawei B818 | Huawei B618s-65d | TP-Link MR600 V2

⠀⠀⠀

 

Unifi Mobile Bebas Prepaid Unlimited Data Plan RM35 Sebulan

unifi mobile bebas rm35 unlimited data hotspot

Plan Unifi Mobile Bebas Unlimited Data Plan RM35 sebulan ini pula merupakan tawaran waktu terhad oleh Unifi. Plan ini boleh digunakan di smartphone, 4G mifi atau 4G router. Ini merupakan plan unlimited data dengan unlimited hotspot termurah buat masa sekarang, dan sangat digalakkan untuk pelajar sekolah atau universiti.

Harga langganan : RM35 sebulan tanpa kontrak | Kelajuan dari 10 Mbps – 30Mbps

Cadangan mifi 4G+ terbaik : TP-Link M7450 V2 – bateri hingga 20 jam (menyokong semua band telco Malaysia)

Cadangan 4G router terbaik : CPE 4G Router Support Lock Band All Telco | Huawei B818 | Huawei B618s-65d | TP-Link MR600 V2

 

hotlink unlimited data plan hotspot rm45 6mbps

Beberapa bulan lepas Hotlink ada memperkenalkan plan prabayar unlimited data plan RM35 3Mbps dan RM45 6Mbps. Pengguna juga boleh menggunakan fungsi Unlimited Hotspot dengan bayaran tambahan RM5 sebulan. Jadi kalau anda nak guna Hotlink Unlimited 6Mbps dekat smartphone, mifi atau 4G router, kos sebulan ialah RM50.

Penting untuk anda tahu juga walaupun plan ini “unlimited data plan unlimited hotspot” tapi masih ada kuota FUP sebanyak 50GB. Bila dah cecah 50GB, kelajuan data yang anda dapat ialah 512Kbps.

🛒 Beli online sim card Hotlink Prepaid Unlimited RM50

Harga langganan : RM50 sebulan tanpa kontrak | Kelajuan dari 3 Mbps – 6Mbps

Cadangan mifi 4G+ terbaik : TP-Link M7450 V2 – bateri hingga 20 jam (menyokong semua band telco Malaysia)

Cadangan 4G router terbaik : CPE 4G Router Support Lock Band All Telco | Huawei B818 | Huawei B618s-65d | TP-Link MR600 V2

 

Roamingman Servis Rental Portable Wifi Broadband Malaysia

roamingman portable wifi broadband rental malaysia

Bagaimana pula jika anda perlukan data kelajuan tinggi dengan jumlah kuota yang banyak, tetapi hanya perlu guna untuk suatu tempoh yang singkat, seperti sebulan atau beberapa bulan sahaja? Contohnya, Ali diarah bekerja WFH oleh bossnya selama 2 bulan. Nak langgan plan telco dan beli mifi, bagi Ali tak berbaloi.

Roamingman adalah penyelesaiannya. Sewa portable wifi dengan kuota data sehingga 200GB untuk tempoh sebulan. Jika nak sambung, beli topup sahaja untuk bulan seterusnya.

Kelebihan Roamingman 

  • Tak perlu sign kontrak dengan telco
  • Tak perlu beli mifi/portable wifi atau 4G router sendiri
  • Boleh tukar plan data antara 4 telco  – pilih yang paling laju dan stabil (Digi | Celcom | Maxis | Yes)
  • Ketahanan bateri sehingga 12 jam
  • Kongsi hotspot sehingga 5 pengguna lain

Klik untuk pergi ke laman Roamingman Internet Data Rental

 


Dah setahun Malaysia dalam wabak pandemik Covid-19. Sepatutnya dah jadi priority kerajaan untuk luaskan coverage fibre broadband sebab semua orang perlukan internet laju samada untuk WFH, ODL dan juga hiburan. Lagi bertambah sedih untuk mereka yang tinggal di kawasan yang dah la tiada fibre broadband internet laju, internet data 4G pun slow amat. Kesian tengok pelajar ada yang panjat pokok, buat khemah atas bukit sebab nak cari signal 4G yang sipi-sipi je ada. Malu lah sikit wahai politician. Penatlah siang malam berpolitik walhal soal kebajikan dan keperluan rakyat dihumban keluar tingkap.

Kongsikan artikel unlimited data plan terbaik Malaysia tahun 2021 / unlimited wireless broadband Malaysia (2021) ini dengan rakan-rakan anda, sama-sama kita mudahkan urusan bekerja cari rezeki, belajar untuk masa depan yang lebih cerah dan semoga kita semua kuat mental sepanjang duduk rumah di musim pandemik ini.

Baca artikel ini dalam versi English : Best Unlimited Data Plan Malaysia (2021) for WFH, ODL and content creation.



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕






mi-band-5-malaysia

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


iphone se 2020 malaysia price

🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply