- 6.4Kviews
- 56
Pelanggan Maxis dan Hotlink Prepaid kini boleh menikmati lebih kuota data internet dan juga unlimited internet larut malam percuma seakan Xpax Magic Sim Burung Hantu. Tetapi, tawaran ini buat masa sekarang hanya terhad kepada pelanggan Maxis & Hotlink di sesetengah negeri sahaja dan tidak dibuka kepada pengguna seluruh Malaysia.
Hotlink Unlimited Internet Larut Malam
Promosi istimewa Hotlink ini bermula dari 29 Februari 2016 hingga 31 Mei 2016 dan hanya boleh digunakan di Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan sahaja. Dengan setiap tambah nilai dari RM10 ke atas pengguna Hotlink boleh menikmati Internet Larut Malam percuma dengan unlimited quota pada bermula dari jam 1-7 pagi.
Untuk bertukar ke pelan #hotlink EC/EM, dail 10826# ATAU guna Aplikasi RED Hotlink. Maklumat lanjut di laman Hotlink.
Maxis Postpaid Unlimited Internet Larut Malam
Maxis pula kini menawarkan plan baru Maxis One Plan 68 dengan unlimited internet larut malam. Tetapi, ianya hanya terhad kepada pelanggan baru di Sabah dan Sarawak sahaja dan bukan kepada pelanggan sedia ada.
Maxis One Plan 68 menawarkan data 5GB, unlimited call kepada semua network dan juga unlimited internet larut malam pada harga RM68 sahaja setiap bulan. Maklumat lanjut di laman Maxis One EM.
Walaupun tawaran baru dari Maxis & Hotlink boleh dikatakan menarik tetapi ianya tidak dibuka kepada semua pelanggan setia Maxis & Hotlink di seluruh Malaysia dan ia betul-betul sesuatu yang mengecewakan. Diharap Maxis dan Hotlink segera tampil dengan plan baru prepaid dan postpaid yang lebih kompetitif dengan Celcom, Digi dan Umobile.
Baca juga : Plan Postpaid Terbaik 2016
Apa pendapat anda mengenai unlimited internet larut malam plan daripada Maxis dan Hotlink?
XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼
🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥
- 6.4Kviews
- 56
Haizrul Amrie
Bos, yang dia kata facebook unlimited tu macam mana pulak? x brapa paham la. Adakah setiap masa unlimited untuk fb?
Einz
basically plan hotlink east malaysia / kelantan, tganu ni support facebook app unlimited. any time. malam plak ada internet macam burung hantu. hotlink plan biasa tak kot.
Hazim
Boss tahu tak mana2 ada jual skrang ni?
Ardiansyah
Bos, promo sampai 31 mei tapi skrng baru tanggal 1 dah xda? Knpa tu yah?
musalusa
sabah, sarawak, kelantan, terngganu jeee???? abes tu yg luar dari tu mcm mane???
dorg ni buta ke yg org kl, johor tu sume lagi memerlukan…
Mino123
Maybe tu je kot cara dorg utk tarik crowd kat sana…
Bastian Tawau
Akue duduk di sabah… memang butul bah ada ini plan.. tapi ko percaya jak ckp akue..
line slow juga disini ndak ada istimewa… lebih baik akue tukar ke no telco lain ni bahhh
esfarhan
Dah lama kot benda ni baru nak kecoh ke? tak hadap pun pkai benda alah ni mahal
musalusa
bukan masalah plan ni dah lame ke x bro cuma nak tau knp 4 negeri je? aku dah lame cri platform utk aku luahkan ketidak puasan hati aku kat maxis ni.. ye laa sebab aku duduk kat Johor, tapi x dpt pun plan mcm ni kat tempat lain.. aku baru dpt tau psl bnde ni.. ape, 4 negeri ni je ke yg ramai pkai internt??
musalusa
line slow? 10 gb pun x kan slow? lagipun plan dia ni mcm mne? boleh explain?
hanaya6436
signal bar mmg 1 petak sja atau tiada sma skali..bukn psal kelajuan dia, so..kalau dah tiada signal komfem pkai plan apa2 pn mmg xdpt la nak guna
GohChen Chen
RM68 boleh dapat 5GB dengan call semua yang percume. betulkah? memang nak dapatkan ni package kalau KL orang boleh sign.
KuantanKaki
Bagi east malaysia dgn east coast, mane pahang ni?
Kita pun byk bayar bagi maxis, sikit bonus pun x ade…
cuba pun x bagi, mane blh tahan? baik lah pahang org semua guna celcom je…
Tatai
Tuyu..maxis balik2 hilang line..macam siput..
Hazim
Sapa2 ada simkad maxis ni tlg wssap sy ea. Nk beli dgn sspe yg ad simkad ni. Wssap 0135361024.tq