Streaming video adalah kegilaan pengguna internet di zaman serba moden sekarang. Konsumer tidak lagi gemar melanggan pakej TV dan menghabiskan masa di depan TV semata-mata untuk menonton siaran kegemaran mereka. Konsumer kini memilih servis streaming yang ‘ mesra pelbagai peranti dan paling ‘convenient’ untuk diakses di mana sahaja.

Antara servis streaming video yang paling popular ialah Netflix, Hulu, Dramafever dan banyak lagi. Laman streaming video ini menyeronokkan kerana konsumer boleh menonton ribuan TV Series, Movies, Documentaries, Korean Drama, Anime, Cartoon dan banyak lagi kandungan interaktif. Tetapi, servis-servis ini biasanya adalah geo-restriction, dan tidak boleh diakses oleh pengguna Internet selain di US, UK dan negara-negara yang menyokong servis tersebut.

Unotelly merupakan servis yang membantu anda mengatasi masalah geo-restriction ini. Kini, pengguna Internet di Malaysia boleh menonton video di Netflix, Hulu, Dramafever, BBC iPlayer, Crunchyroll, Viki dan banyak lagi laman yang biasanya menyekat akses pengguna dengan IP Adress di Malaysia.

Unotelly Review – Servis DNS & VPN untuk Laman Streaming Video Popular

unotelly review netflix malaysia

Unotelly merupakan merupakan penyedia servis DNS dan VPN Premium. Pengguna boleh melanggan pakej bulanan atau tahunan untuk menggunakan kesemua fungsi dan servis yang ditawarkan.

Ringkasan servis Unotelly;

  • SmartDNS (UnoDNS) – berkesan untuk pelbagai laman streaming video. Mudah dan cepat, tidak menjejaskan kelajuan internet anda. Mesra pelbagai peranti dari komputer, iPhone, iPad, Android, Wi-Fi Router, Smart TV…hampir kesemua peranti moden.
  • VPN (UnoVPN) – berkesan untuk bypass laman web geo-location dan juga menukar IP Address anda dari Malaysia ke IP Address di US dan UK sebagai contoh. VPN boleh digunakan untuk streaming video, bermain game online, bypass sekatan internet di universiti atau pejabat dan sebagainya. Tetapi penggunaan VPN boleh menjejaskan kelajuan internet anda.

unotelly smartdns

Untuk menggunakan Unotelly, login masuk akaun anda dan dapatkan instructions untuk setup DNS di peranti anda. Segala maklumat mengenai Unotelly boleh didapati di laman utama dan juga ruangan Knowledge Base.

Beberapa hari lepas, saya mencuba untuk menonton Netflix di komputer saya menggunakan internet Streamyx 8 Mbps dan hasilnya agak memuaskan. Akaun Netflix anda boleh dapatkan dari third-party reseller di Malaysia.

unotelly review malaysia

Menggunakan Unohelper, masa yang diambil untuk setup UnoDNS adalah 1 minit sahaja. Streaming agak lancar (hanya sedikit buffering pada awal) dan support HD bitrate. Saya sarankan anda guna Internet sekurang-kurangnya 4Mbps untuk SD dan 8Mbps untuk HD streaming.

unotelly netflix windows app

Selain Netflix web, akses menggunakan Netflix App dari Windows Store juga lancar.

unotelly hulu

Hulu kini membenarkan pengguna streaming videos secara percuma tanpa sebarang langganan. Tiada masalah bila dah guna UnoDNS. Jika anda meminati anime dan korean drama, Hulu juga menyediakan kandungan tersebut dengan kerjasama dengan Viki.

unotelly dramafever

Untuk peminat Korean Drama, anda kini boleh menonton Dramafever dan Viki secara percuma. Tiada lagi message ‘this video is not available in your country’.

Perbezaan Servis Unotelly dengan Servis Bypass Lain

Sebelum menggunakan Unotelly, saya juga pernah mencuba puluhan servis lain seumpamanya; ada yang percuma dan ada yang berbayar. Tetapi perbezaan ketara antara Unotelly dan penyedia servis lain adalah;

  1. Laju, konsisten dan selamat – Unotelly menggunakan server yang laju dan secure. Data peribadi dan maklumat browsing anda tidak akan dikongsi kepada pihak ketiga.

  2. Universal support – UnoDNS mudah untuk setup dan boleh digunakan di komputer, iphone, peranti Android, Smart TV, konsol PS4 dan Xbox One, Wi-Fi Router dan hampir kesemua peranti pintar yang bersambung ke internet.

  3. Harga yang berpatutan serta customer service yang memberikan respon pantas.

unotelly free trial

Plan UnoDNS (Premium) menawarkan servis UnoDNS dan sesuai jika anda mahu streaming video sahaja. Manakala plan Gold (UnoDNS + VPN) untuk anda mendapatkan sekali servis VPN untuk bypass website atau sekatan internet di tempat anda. Pembayaran boleh dibuat menggunakan debit card atau credit card.

Dapatkan 8 hari percubaan percuma dengan mendaftar di Unotelly hari ini.


Jika ada pertanyaan mengenai Unotelly, anda boleh tinggalkan komen di bawah ya!

562 total views, 2 views today