Upgrade IPS Screen Panel, SSD Dan RAM – Ini Apa Yang Saya Buat Untuk Jadikan Laptop Lama Lebih Mantap

upgrade ips screen asus laptop

Saya kini masih menggunakan laptop Asus yang saya pernah kongsikan pada pertengahan 2015 lalu. Walaupun saya sering juga tergoda dengan berita laptop model baru yang lagi nipis, laju, berkuasa tetapi di dalam hati saya terfikir yang laptop sedia ada masih berfungsi dengan elok jadi daripada beli laptop baru lebih baik saya upgrade hardware. Jadi beberapa bulan lepas, saya telah membuat major upgrade bagi hardware sedia ada laptop ini.

 Upgrade Screen Panel, SSD Dan RAM – Ini Apa Yang Saya Buat Untuk Jadikan Laptop Lama Lebih Mantap

Masalah terbesar yang dialami sepanjang saya menggunakan laptop Asus K401LB ini ialah

1) Screen laptop (14″ 1920×1080 TN Panel) ini mempunyai brightness (nits) serta warna yang kurang memuaskan (% srgb rendah). Tak berapa layan untuk streaming video serta kerja-kerja melibatkan penggunaan warna seperti Adobe Photoshop, Lightroom dan Premiere

2) 1TB Storan HDD yang perlahan yang sering kali menguji kesabaran bila menjalankan aplikasi berat

3) 4GB RAM yang tidak mencukupi untuk seorang multitasker

Apa yang saya cuba nak buat ialah

1) Upgrade TN panel yang asal kepada IPS Panel dengan brightness sekurang-kurangnya 300 nits dan peratusan srgb yang tinggi (90-100%)

2) Memasang dual drive 128GB SSD + 1TB HDD

3) Menambah 1 x 4GB RAM untuk menjadikan 8GB Dual Channel RAM

Malangnya bila saya google info mengenai upgrade hardware laptop model ini, tiada panduan yang jelas. Tak banyak maklumat mengenai panel screen yang sesuai untuk laptop Asus, serta model SSD yang saya boleh pasang pada laptop ini. Paling susah ialah mencari panel skrin IPS yang sesuai dengan laptop Asus ini kerana kebanyakan panduan di Internet lebih kepada upgrade laptop Dell dan Thinkpad misalnya.

Walaupun tidak menjumpai panduan menukar panel laptop kepada IPS yang spesifik, saya akhirnya berpendapat bahawa kebanyakan hardware komputer sepatutnya compatible secara plug and play sekiranya menggunakan standard atau spesifikasi yang sama. Jadi saya google 14″ laptop IPS Panel dan membandingkan dengan spesifikasi panel asal laptop ini.

Dipendekkan cerita, setelah saya round up hardware yang dirasakan compatible, saya terus order panel IPS, SSD dan RAM. Pemasangan dibuat di kedai komputer berdekatan kerana secara jujur saya tidak berapa cekap ‘membedah’ laptop berbanding dengan hardware desktop.

asus laptop hardware upgrade

IPS Panel Upgrade

Menukar panel skrin laptop adalah perkara yang jarang orang buat kerana beberapa risiko iaitu panel tidak berfungsi dengan baik dan juga warranty void. Memandangkan laptop saya ini telah tamat warranty, jadi saya tidak ada masalah untuk mencuba.

upgrade laptop ips panel

Kiri (panel asal) – 14″ 1920×1080 TN panel (Matte) dengan kecerahan ~200 nits, ~50% SRGB

Kanan (panel baru) – 14″ 1920×1080 IPS panel (Matte) dengan kecerahan ~300 nits, ~99% SRGB

Dan seperti yang saya harapkan, panel baru ini berfungsi dengan cemerlang – tiada dead pixel, tiada masalah menukar brightness, resolution dan sebagainya. Perbezaan yang sangat ketara dengan sebelumnya. Walaupun warna panel ini sudah cukup baik, saya juga telah calibrate panel ini supaya menunjukkan warna yang tepat dengan 99% SRGB.

Banyak perkara yang perlu saya jelaskan dengan lebih teliti mengenai laptop panel ini, mungkin jika ada masa saya akan tulis satu artikel khas.

SSD Upgrade

ssd hdd windows 10

Kebanyakan laptop baru model 2016 – 2018 menyertakan slot M.2 SSD dan boleh digunakan bersama-sama dengan HDD sebagai dual drive. Laptop model saya guna ini masih menggunakan slot half-size Msata yang sangat rare jadi pilihan untuk model SSD yang sesuai juga tidak banyak.

Perancangan awal saya ialah menggantikan HDD asal laptop dengan 256GB SSD 2.5″ tetapi saya berpendapat lebih baik gunakan dual drive kerana saya tidak perlu membawa external HDD kemana-mana untuk menyimpan fail bersaiz besar.

Jadi, saya akhirnya bercadang menggunakan kombinasi 120GB SSD + 1TB HDD. SSD yang saya beli ini tidaklah laju mana benchmark tetapi performance Windows 10 dan pelbagai software lain meningkat mendadak bila dipasang pada SSD.

RAM Upgrade

upgrade ram laptop

Laptop yang saya guna ini mempunyai slot tambahan untuk upgrade RAM. Saya ada pilihan untuk gunakan 4GB asal + Saya beli 4GB DDR3L RAM untuk upgrade laptop ini kepada 8GB Dual Channel RAM. Harga yang saya beli ialah RM119.

Samsung 4GB DDR3L Laptop RAM

Saya galakkan pasang minimum 8GB RAM untuk dekstop PC dan juga laptop supaya buat kerja atau main game lebih lancar.

asus k401lb ips screen

Recap balik spesifikasi laptop saya selepas proses upgrade

  • Intel Core i5 5200U
  • RAM 8GB
  • 120 GB SSD + 1TB SSD
  • Nvidia GT 940M
  • Windows 10 FCU Update
  • Berat 1.65 kg
  • Ketahanan bateri ~5.5 jam (turun daripada ~7 jam masa mula-mula beli)

Saya bercadang menggunakan laptop ini sehingga 2020 sekiranya tiada kerosakan yang memaksa saya beli laptop baru. Adakah anda ada laptop yang masih berfungsi elok? Kalau bercadang upgrade hardware laptop, boleh gunakan artikel ini untuk rujukan ya.

Kongsikan artikel ini dengan rakan di FB, Twitter dan Whatsapp.



Suka baca artikel2 di Einz Dot My ? Jom follow kami di media sosial dan berkongsi pandangan atau persoalan anda; https://fb.com/einsmy https://twitter.com/einztrigger https://instagram.com/einz.my


RELATED POSTS

10 thoughts on “Upgrade IPS Screen Panel, SSD Dan RAM – Ini Apa Yang Saya Buat Untuk Jadikan Laptop Lama Lebih Mantap

  1. NIce bro. “mungkin jika ada masa saya akan tulis satu artikel khas.” Please buat. This one comes in my mind a month ago for my ASUS N53SV. Either HDD wd black atau 2.5 ssd. Yours is even better.!

  2. hai Einz, saya berminat untuk megetahui lebih lanjut mengenai penukaran panel skrin dan SSD dalam artikel ini. boleh buat artikel lebih detail mengenai kedua2 benda tersebut? terima kasih.

  3. Salam bang. Artikel yang best .Bab hd tu saya dah upgrade ke SSD drngan menggunakan caddy .Tapi bab monitor tu, boleh ke saya pergi beli FULL HD Ips monitor wal hal monitor lama saya tu hanya 1366×766 resolusinya . Adakah tukar screen laptop ni sama je macam tukar² monitor desktop?

    Teringin jugak nak upgrade monitor sebab kat taoboa harga screen ips fullHD baru rm180 termasuk postage .

    Harap abang reply segera. Kah kah kah

    • Kalau laptop screen 1366×768 tak semua boleh upgrade ke 1920x1080p. Certain2 je boleh

      kalau panel screen laptop kat taobao banyak fake. better kat aliexpress ada buyer protection

  4. Salam bro einz. slamat berpuasa.

    kalau bro free bole x buat tutorial cara untuk calibrate panel supaya menunjukkan warna yang tepat dengan 99% SRGB. (maximum)

    sekarang sy guna laptop lenovo legion Y520 spec i7-7700HQ, nvidia gtx 1050 2 gb.

    sy tau warna laptop ni x berapa cantik walaupun guna IPS, just nk try calibrate utk dapatkan color yg lebih tepat.

    Thanks in advance. 🙂

  5. Salam bro einz..screen ips tu..berapa harganya? Kalau beli saiz 15.6..memang boleh fit kat semua jenis laptop yang saiz 15.6 ke?

Leave a Reply