viu malaysia

Selepas Iflix dan Netflix, kini satu lagi servis streaming iaitu VIU memasuki pasaran Malaysia. VIU merupakan servis streaming yang mengkhususkan kepada kandungan daripada Korea seperti K-Drama dan variety shows. Salah satu keistimewaan servis ini ialah pengguna boleh menonton  drama-drama terpilih dalam tempoh seawal 8 jam daripada waktu siaran di Korea dengan sarikata bahasa Melayu dan English. Selain kandungan daripada Korea, VIU juga akan menyediakan kandungan daripada negara Asia lain seperti Taiwan dan India.

VIU Korea Drama Streaming

Berdasarkan tinjaun saya awal pagi tadi, VIU kini memberi akses 30 hari percuma kepada pengguna baru dan anda hanya perlu mendaftar akaun baru sahaja. Langganan premium pula bermula hanya RM10 sebulan untuk tontonan tanpa had dan tanpa iklan. Portal LYN turut melaporkan bahawa pelanggan TM Unifi dan Streamyx bakal mendapat akses percuma VIU selama 3 bulan bermula pada pertengahan bulan Mac 2016.

Sebagai peminat media streaming, saya teruja melihat semakin banyak penyedia servis streaming memulakan operasi di Malaysia. Semakin banyak pilihan adalah sesuatu yang baik bagi pengguna.

Apa pendapat anda mengenai VIU ?

422 total views, 1 views today