w two worlds

Sedikit hiburan di hujung minggu – saya kongsikan 3 drama popular musim ini yang anda perlu tonton iaitu W Two Worlds, Doctors dan Uncontrollably Fond.

W – Two Worlds

w two worlds korean drama

Dalam setahun dua ini korean webtoon (manwha) semakin meningkat populariti di kalangan pembaca komik tegar. Sebagai contoh, saya amat meminati manwha Lookism, Dokgo / Dokgo Rewind dan juga Dear Boy.

W Two Worlds merupakan drama yang menggabungkan dua dunia iaitu realiti dan dunia webtoon – di mana hero utama drama ini ialah watak utama kepada webtoon yang paling popular iaitu W. Demi menyelamatkan hero, heroin drama ini secara misteri telah ditarik masuk ke dalam dunia webtoon dan sekaligus mengubah jalan cerita webtoon ini yang akhirnya menyebabkan dunia realiti juga turut terkesan.

Digalakkan tonton bagi anda yang meminati komik, webtoon dan juga genre aksi dan suspen.

Jumlah episod setakat artikel ini ditulis : 6

Uncontrollably Fond

uncontrollably fond korean drama

Jalan cerita Uncontrollably Fond (UF) agak mirip dengan siri drama popular jepun iaitu 1 Litre of Tears di mana watak utama mengidap penyakit yang tidak boleh disembuhkan. Watak utama UF merupakan seorang pop superstar yang arrogant tetapi segalanya berubah setelah di-diagnose menghidap penyakit kronik yang belum lagi mempunyai penawar walaupun dengan perubatan serba moden ini. Menyedari hayatnya tidak tinggal lama, beliau merasakan betapa pentingnya kasih sayang daripada keluarga dan orang yang istimewa di hatinya.

Digalakkan tonton bagi anda yang meminati drama dengan plot sedih.

Jumlah episod setakat artikel ini ditulis : 10

Doctors

doctors korean drama

Doctors – kisah gadis gangster menjadi doktor ini cukup popular musim ini. Menampilkan kehidupan suka duka pahit getir menjadi doktor yang dibayangi zaman remaja yang tidak berapa indah. Masih jauh lebih baik berbanding drama doktor yang tergilakan ustaz di televisyen tempatan.

Digalakkan tonton bagi anda yang meminati genre romantik.

Jumlah episode setakat artikel ini ditulis : 14.


Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda.

286 total views, 1 views today



RELATED POSTS