webe rm79 unlimited data plan

Webe pada asalnya menawarkan harga plan RM79 (Unlimited data, call, sms) hanya kepada pelanggan TM yang memiliki model-model telefon pintar tertentu. Kini, sebagai promosi tempoh masa terhad, Webe menawarkan Webe RM79 Unlimited Data Plan kepada semua pengguna, tak kira pelanggan TM atau bukan pelanggan TM.

Webe RM79 Unlimited Data Plan

webe rm79

Berminat mendaftar Webe kerana teruja dengan “unlimited data plan”? Pastikan anda tahu beberapa perkara berikut :

  • Untuk mendapatkan sim card Webe, anda perlu membeli secara online di Webe Shop. Ini kerana Webe masih baru, dan masih kekurangan kedai fizikal.
  • Walaupun Webe memberikan unlimited data plan, anda tidak boleh kongsi data tersebut dengan peranti lain menggunakan fungsi Hotspot. No┬átethering allowed kecuali anda beli tethering pass.
  • Webe tethering pass mengenakan caj RM6 untuk 2 jam dan akan ditambah ke dalam bil bulanan anda.
  • Untuk streaming video, Webe secara automatik memilih kualiti video streaming 480p di Youtube dan sebagainya. Bagaimanapun, anda boleh tukar kualiti kepada 720p – 1080p jika mahu.
  • Bagi penggemar P2P atau torrent, kelajuan download akan diturunkan kepada 64 kbps.
  • Webe membolehkan anda membuat panggilan tanpa had, sms tanpa had dan juga melanggan pakej supplementary untuk keluarga sehingga 5 orang.
  • Anda juga boleh port out dari telco C,M,D,U ke Webe dan kekalkan nombor sedia ada.
  • Memandangkan plan Webe masih baru, jadi anda kena tahu yang expectation anda mungkin tidak seindah yang dibayangkan. Untuk kelajuan dunia sebenar, boleh cari hashtag #webe #webespeedtest di Twitter atau Instagram,
  • Langganan Webe adalah tanpa kontrak, jadi anda boleh batalkan bila-bila masa tanpa kena penalti. Tetapi, kalau ada bayaran tertunggak sila jelaskan sebelum anda tamat perkhidmatan.
  • Untuk coverage, boleh klik di sini : Webe Coverage

Saya kurang jelas mengenai promosi Webe RM79 untuk semua ini, yang pasti jika berminat boleh cuba daftar secara online sekarang !

7,763 total views, 3 views today