WhatsApp Akan Membolehkan Pemindahan Chat Antara iPhone dan Android

whatsapp chat transfer iphone android

WABetainfo melaporkan WhatsApp kini sedang dalam proses membangunkan fungsi memindahkan data whatsapp chat antara pengguna iPhone dan Android. Sebelum ini, proses untuk memindahkan chat antara iPhone ke Android sesuatu yang tidak boleh dilakukan secara rasmi melainkan menggunakan aplikasi berbayar pihak ketiga. 

Fungsi memindahkan chat antara iPhone dan Android ini semestinya sudah ditunggu lama oleh ramai pengguna. Telegram lebih mudah kerana chat anda disimpan di dalam cloud dan boleh diakses di mana-mana peranti dan sistem operasi. Baguslah WhatsApp akhirnya buka mata mereka walaupun lewat 5-6 tahun berbanding Telegram dalam fungsi ini.

Pengguna smartphone di Malaysia pula akhirnya tidak perlu lagi terikat dengan wajib pakai iPhone atau wajib pakai Android kerana tak mahu data chat Whatsapp hilang. Diharapkan WhatsApp segera melancarkan fungsi ini dalam masa terdekat.

Sumber : WABetainfo

⠀⠀⠀


🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕






mi-band-5-malaysia

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


unifi-ia

DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM


iphone se 2020 malaysia price

🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply