windows 10 fall creators update



Windows 10 Fall Creators Update (FCU) merupakan kemas kini terbaru bagi Windows 10 selepas Creators Update (April 2017). Walaupun Microsoft tidak se-kreatif Apple dan Google dalam memberikan nama kepada versi sistem operasi mereka, kemaskini FCU ini mendapat banyak maklum balas positif kerana memberikan beberapa fungsi baru dan peningkatan prestasi terutamanya dalam aspek PC Gaming.

Windows 10 Fall Creators Update (FCU) – Peningkatan Prestasi Gaming 5% – 20% !

Antara beberapa peningkatan bagi PC Gaming di Windows 10 FCU ialah Microsoft telah mengoptimasikan penggunaan processor 6-core dan 8-core ketika Gaming Mode diaktifkan. Ini merupakan berita baik kepada pengguna cip AMD Ryzen. Gaming Mode secara dasarnya juga telah dipertingkatkan supaya memberikan lebih prestasi untuk pelbagai jenis konfigurasi hardware. Sesetengah pengguna juga melaporkan kenaikan FPS (frame per second) yang sederhana tetapi tiada lagi stuttering (tersekat) untuk sesetengah game selepas komputer dinaik taraf kepada Windows 10 FCU.

Windows 10 FCU

Benchmark GTA 5 sebelum dan selepas Windows 10 FCU (Rujukan). Walaupun peningkatan tidak besar tetapi ia masih merupakan perubahan yang positif.

windows 10 fcu gpu task manager

Salah satu bonus di dalam Windows 10 FCU ialah anda kini boleh memantau penggunaan GPU di dalam Task Manager. Kini anda boleh membaca GPU utilization, clock speed dan sebagainya tanpa perlu menggunakan aplikasi lain.

Kalau gaming bukan merupakan fokus anda, Windows 10 FCU juga dilaporkan mempunyai optimasi penggunaan hardware seperti CPU dan RAM yang lebih bagus. Secara ringkas, anda boleh merasakan Windows 10 ini ‘lebih lancar’ berbanding sebelumnya.

windows 10 fcu upgrade assistant

Muat turun Windows 10 Update Assistant sekarang untuk kemas kini Windows 10 FCU (Build 16299).

Selamat mencuba!

Sumber : (1) (2) (3) (4)



RELATED POSTS