Windows 11 – Pandang Pertama Start Menu Baru, Rekaan Rounded Corner

windows 11 start menu

Acara pelancaran Windows 11 oleh Microsoft akan berlangsung secara rasmi pada 24 Jun 2021. Akan tetapi, versi awal Windows 11 telah pun terbocor di Internet dan ramai orang termasuk saya telah mencuba memasang Windows 11 untuk melihat perkara-perkara baru yang ditambah oleh Microsoft. Berikut merupakan screenshot Windows 11 terbaru dan analisis awal oleh saya.

Windows 11 Hadir Dengan Start Menu, Taskbar Serba Baru

windows 11 new start menu

Saya install Windows 11 Build 21996 x64 menggunakan VMWARE Fusion (Mac OSX Big Sur). Seperti yang anda lihat, Windows 11 kini ada Start Menu dan Taskbar serba baru yang berada di tengah. Microsoft juga kini menggunakan rounded corner dalam elemen utama.

windows 11 new icon

Windows Explorer mempunyai icon baru.

windows 11 screenshot

Lagi paparan Windows 11 menggunakan Edge Browser.

windows 11 start menu widget

Paparan taskbar Widget baru – kemaskini cuaca dan berita terkini.

windows 11 new setup design

Paparan Windows 11 Setup baru yang lagi moden.

⠀⠀⠀

windows 11 dark mode start menu

Paparan Windows 11 bila menggunakan Dark Mode. Sumber gambar WL

windows 11 new taskbar

Tak suka Start Button berada di tengah? Anda boleh set Start Button ke bahagian hujung kiri seperti Windows 10, 8.1 atau Windows 7. Sumber gambar WL

Saya akan kemaskini artikel ini lagi bila Microsoft melancarkan Windows 11 secara rasmi pada minggu hadapan (24 Jun 2021).

Windows 11 Wallpapers

Koleksi Windows 11 Offcial Wallpaper daripada Microsoft yang diekstrak daripada sistem Windows 11.

Apa pendapat anda mengenai Windows 11 baru?



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕






mi-band-5-malaysia

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


unifi-ia

DAFTAR UNIFI SEKARANG - PERCUMA 30 HARI PERTAMA - AGEN PENJUAL SAH TM


iphone se 2020 malaysia price

🔥Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply