windows 7 service pack 2

Perkara paling menyusahkan setiap kali install Windows 7 adalah anda perlu menghabiskan banyak masa untuk download dan install puluhan updates melalui Windows Update. Download, install, restart, installing….restart. Memenatkan.

Untuk memudahkan proses install updates, Microsoft akhirnya memperkenalkan Windows 7 Convenience Rollup (W7CR). Convenience Rollup ini turut dikenali dengan nama tidak rasmi iaitu Windows 7 Service Pack 2 yang memuatkan pelbagai updates termasuk security dan bug fixes yang dilepaskan dalam tempoh beberapa tahun lepas hingga lah ke pertengahan tahun 2016.

Jika anda tertanya-tanya apakah kelebihan sentiasa install Windows Update sehinggalah ke versi paling terkini, jawapan ringkas adalah Windows yang sentiasa di-updates lebih stabil dalam operasi harian dan sekuriti yang lebih selamat. Boleh dikatakan sebahagian besar pengguna Windows di Malaysia tidak install malah mematikan Windows Update dan ia mendedahkan kepada risiko diserang dan sistem operasi yang tidak lancar.

Jika anda berminat install Service Pack 2 ini, jom ikuti tutorial ringkas di bawah sekarang :

Windows 7 Service Pack 2 – Convenience Rollup Install

Terlebih dahulu pastikan komputer anda sudah menggunakan Windows 7 Service Pack 1. Kemudian, kenalpasti samada sistem operasi anda 32-bit (x86) atau 64-bit (x64).

windows 7 servicing stack

Langkah seterusnya ialah download April 2015 Servicing Stack Update. Pilih versi 32-bit atau 64-bit dan kemudian tekan download dan install. Jika komputer anda sudah terpasang update ini, proses install tidak akan dimulakan dan anda boleh ke langkah seterusnya.

Klik link di bawah untuk download Windows 7 Convenience Rollup, dalam versi 32-bit dan 64-bit. Saiz bagi installer 32-bit ialah 316 MB dan 476.9 MB bagi installer 64-bit.

Proses install mungkin mengambil sedikit masa tetapi boleh diterima berbanding kepayahan menggunakan Windows Update. Komputer anda mungkin akan restart (sekali atau beberapa kali) sepanjang proses install sehinggalah selesai.

Selepas siap install, Windows 7 anda kini sudah dilengkapi updates sehingga 16 May 2016 dan secara teori operasi harian akan jadi lebih stabil.


Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan anda terutamanya mereka yang kerap install / format Windows. Saya harap tutorial ringkas boleh memudahkan anda semua.

Sumber : Microsoft Blog via HTG 

437 total views, 1 views today