Xbox One S Dilancarkan – Kini 40% Lebih Slim, Menyokong 4K Video dan HDR

xbox one s

Pada acara E3 2016, Microsoft akhirnya melancarkan Xbox One S (Xbones), yang merupakan konsol Xbox One yang diberikan beberapa fungsi baru. Xbones (Slim) kini  40% lebih kecil daripada Xbox One sebelumnya dan menyokong tapak menegak. Dari segi hardware, spesifikasi tidak banyak berubah cuma Xbones menyokong fungsi memainkan Bluray UltraHD 4k, 4K video daripada servis streaming seperti Netflix dan juga HDR photo dan video.

Xbox One S

Controller Xbox One juga turut menerima peningkatan baru iaitu sambungan wireless yang lebih luas dan Bluetooth juga turut disokong bagi memudahkan sambungan dengan pelbagai jenis peranti. Xbox One S turut hadir dalam kapasiti 500GB, 1TB dan 2TB pada harga bermula $299 (~RM1221).

⠀⠀⠀

Microsoft juga melancarkan banyak trailer games-games baru yang akan muncul di Xbox One dan Windows 10 dalam masa akan datang. Paling mencuri tumpuan ialah Forza Horizon 3. Anda boleh tonton trailer games Xbox dan Windows 10 di laman Youtube Xbox.

E3 2016 masih lagi berlangsung dan saya akan bawakan lebih banyak berita, jangan lupa refresh blog Einz dalam beberapa hari ini ya!



🎥 SUBSCRIBE TO MY YOUTUBE CHANNEL 💕





mi-band-5

XIAOMI MI BAND 5 TERBARU 💯 - KINI DI MALAYSIA, COMEL, POWER DAN MAMPU MILIK 👌🏼


iphone se 2020 malaysia price

🤩 Tak Perlu Belanja Besar Untuk iPhone. iPhone SE Baru, RM1999 Jer! 🔥

Leave a Reply